oleh Mizan Adli

1. Kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam yang mengusulkan pelaksanaan Kongres Khas PKR bagi memuktamadkan hubungan dan kerjasama PKR-PAS adalah tindakan yang memecah belahkan parti.

Kegagalan Rafizi hadir dalam mesyuarat-mesyuarat penting parti seperti Biro Politik adalah amat tidak bertanggungjawab, tidak berdisiplin dan memperlihatkan kerendahan wibawa Rafizi sebagai kepimpinan tertinggi parti.

2. Sebelum ini, beberapa tindak tanduk beliau seperti mengusulkan langkah kajang yang separuh masak dan menubuhkan INVOKE telah terbukti merosakkan dan memecah belahkan perpaduan anggota parti.

3. Sebagai bekas Setiausaha Agong PKR, Rafizi perlu sedar bahawa struktur dan organisasi parti wajib dipelihara dan dipertahankan. Tindakan beliau sama sekali bertentangan dengan disiplin dan etika organisasi parti.

4. Justeru, kenyataan beliau semalam tanpa dibawa dalam perbincangan rasmi parti sama ada Mesyuarat MPP atau Mesyuarat Biro Politik boleh diumpamakan seperti agen perosak yang bertujuan untuk mensabotaj parti sekaligus menjejaskan persediaan parti menjelang PRU-14.

MIZAN ADLI BIN MOHD NOOR
Pemangku Ketua AMK Cabang Pandan
Ketua Penerangan AMK Selangor - Foto kredit Ratu Naga

Nota Ana Ghoib: Kasar benar bahasa tuduh Rafizi agen perosak parti.

Ungkit langkah Kajang yang kita tahu ianya idea Rafizi terutama bagi mengurangkan impak beratnya hukuman yang akan Anwar terima sekiranya beliau tidak mempunyai jawatan dan pengaruh selain kerunsingan Rafizi akan tingkah laku Khalid Ibrahim.

Rafizi yang berjasa banyak kepada PKR itu bukan tak tahu kira-kira bagaimana pertandingan 3 penjuru seperti di Damansara pada PRU13 akhirnya BN menang.

Apakah yang menuduh Rafizi ini berniat sebaliknya? Usul Rafizi cuma cadangan akhir muktamatkan secara rasmi hubungan PKR-PAS untuk PRU14 supaya jangan bercelaru dan ada cakap belakang-belakang lagi. Jadi apa masalahnya?

KLIK BACA: Umno bukan lagi satu-satunya pembela Melayu, Najib 'ditampar' MB Negeri Sembilan

KLIK BACA: Apakah Najib kita melutut kepada Amerika?

KLIK BACA: Najib kian panik takut pertukaran PM, Kerajaan

KLIK BACA: 1MDB rugi atas kertas seperti didakwa Annuar Musa terjawab di SINI

KLIK BACA: Kebetulan Najib jumpa Trump menjelang PRU14, ini kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Subsidi minyak ditarik Najib Perdana Menteri ada kuasa pula?

Click Read: DoJ 1MDB - We will not allow US to be a place where corrupt individuals can hide assets and lavishly spend money

CLICK READ: To stay in power, Najib is wooing PAS, mixing religion with politics
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments: