November 2013

(ARTIKEL IN TELAH DI SIARKAN DI DALAM AKHBAR UTUSAN MALAYSIA KELUARAN SEPTEMBER 16, 2013)

1. Saya berasa serba salah. Saya setia kepada UMNO. Saya ingin lihat UMNO terus mewakili orang Melayu, mempertahan dan memajukan mereka. Saya sedar akan hakikat bahawa UMNO mengidap sakit tua, dan ia akan maut kerana sudah tua. Ini naluri manusia. Lambat laun manusia akan menemui ajalnya.

2. Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu.

3. Saya cuba sedarkan UMNO akan usianya yang sudah lanjut. Saya menulis akan perlunya UMNO diperbaharui dengan penerimaan ahli serta kepimpinan dari generasi muda. Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya. Mungkin secara kebetulan ini akan terjadi. Tetapi jika kerana tuduhan ini saya tidak berusaha untuk kebaikan UMNO, ini bermakna saya lebih utama imej saya daripada tanggungjawab saya kepada parti. Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya Perdana Menteri. Tetapi saya tidak berbuat demikian. Pada hakikatnya, UMNO sekarang memerlukan pembaikan, dan walau apa pun tuduhan saya terpaksalah ketepikan, jika sedikit sebanyak dapat saya sumbang untuk masa depan UMNO dan orang Melayu. Saya tidak penting. UMNO dan orang Melayu tetap lebih penting daripada saya, atau anak saya.

4. Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi. Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

5. Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas UMNO. Mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka. Dan UMNO pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu. Dan mereka pun berjaya, berjaya menewaskan Malayan Union British, memerdekakan negara dan bangsa, mengatasi segala cabaran setelah mengambilalih pemerintahan, mengisi kemerdekaan secara bermakna sehinggalah negara yang kerdil, bangsa yang terhina dahulu dikenali dunia sebagai bangsa yang berwibawa, yang mampu bersaing dan memajukan negara ini berpuluh kali lebih baik daripada penjajah. UMNO membangunkan Malaysia sehingga menjadi negara contoh yang dikagumi dunia. Berduyun-duyun orang asing datang untuk mempelajari darinya, mempelajari ilmu berkenaan pembangunan negara dan bermacam lagi.

6. Sumbangan pengasas UMNO yang muda ini terhadap bangsa, agama dan tanahair tidak dapat dinilai. Orang muda, pemimpin muda yang melakukan semua ini memang berjasa. Negara terhutang budi kepada mereka. Bangsa Melayu terhutang budi kepada mereka. Jasa mereka tetap akan dikenang selama-lamanya.

7. Tetapi mereka dan pengganti mereka sekarang sudah tua. Masa mereka sudah terlanjut. Sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati. Ramai yang membongkok disekeliling pemimpin, yang mengulangi cerita tentang keupayaan dan keberkesanan mereka sebagai pemimpin. Dan mereka pun percaya cerita pembodek ini. Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri.

8. Tetapi mereka harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka. Lambat laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin ynag sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran.

9. Untuk ini mereka sanggup buat apa sahaja. Tanpa mengambilkira kesan terhadap budaya bangsa mereka sanggup hulur wang untuk mendapat sokongan, untuk mengekal diri sebagai ahli Majlis Tertinggi atau jawatan-jawatan lain. Percayalah jika ahli memilih perasuah sebagai pemimpin, mereka akan amalkan budaya penerima rasuah semasa menjadi pemimpin. Kuasa mereka akan disalahgunakan. Kita dan bangsa kita akan rugi lebih daripada apa yang kita terima dahulu. Negara akan hancur. Maruah bangsa akan luput.

10. Malangnya ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang. Tak banyak. RM200/- pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli UMNO. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka. Hentikanlah amalan ini baik oleh yang menghulur mahupun yang menerima.

11. Kata pepatah Inggeris “Money is the root of all evil” (Duit adalah punca segala kejahatan). Duit boleh beli segala-galanya, membeli bangsa, membeli maruah, membeli masa depan, membeli agama pun.

12. Percayalah apabila pemimpin yang kita pilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa pun. Ingatlah Negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin Negara ini.

13. Kita harus akui bahawa UMNO sekarang tidak lagi dipercayai oleh ramai orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan ratusan badan bukan Kerajaan (NGO). Jika mereka mempunyai banyak pilihan, UMNO sudah kalah PRU13. Tetapi janganlah ahli UMNO, pemimpin UMNO percaya walau apa pun yang dilakukan mereka, kerana tidak ada pilihan lain maka UMNO tetap akan menang. Kalau UMNO dipimpin perasuah, parti lawan akan ternampak lebih baik.

14. Justeru itu kembalilah kepada perjuangan UMNO. Ketepikan kepentingan diri. Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua. Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan tanahair dapat diteruskan. Sesungguhnya perjuangan orang Melayu belum selesai. Janganlah anak cucu kita mengutuk kita kerana ketamakan kita memusnahkan masa depan mereka.

Dari Page SSTDM




PRK Sg Limau MENYAKSIKAN pesta pemuda UMNO menghabiskan waktu
kempen dengan program syok sendiri.

Krisis identiti inilah yang sedang menular...

Ketuanya yang kononya hebat dan mendabik dada mendakwa Pas semakin 
menerima tamparan hebat sedangkan diwaktu yang sama pemuda dibawah 
seliaannya berpesta seolah sudah menang sebelum berperang.





Inilah peragai sebenar sayap pemuda UMNO kini...

Hebatnya pembangkang bukan kerana mereka HEBAT !

Kerana UMNO punyai sayap pemuda yang semakin lembik, berkroni, dan syok sendiri.

Ada juga yang mendakwa semakin LEMAU.... TAK PERCAYA ? baca nie..

Pemuda UMNO Lesu Di Sg Limau? #SgLimau #1Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro

Pengalaman berdepan dengan Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau di sini amat berbeza dengan 
PRK² yang lain. Di Sg Limau, pemandangannya jauh lebih indah dan aman tetapi politiknya cukup berbeza daripada kawasan² yang lain.

Manakan tidak, Sg Limau merupakan kubu kuat PAS di Kedah selain 1 2 kawasan

yang lain  di negeri ini. Mungkin ramai yang telah menjangkakan kemungkinan 
Barisan Nasional (BN)  akan tewas di sini amat kuat dan ada juga pendapat yang mengatakan kemungkinan juga  BN bakal memenangi hati penduduk di sini dengan transformasi yang dibawa dari dalam UMNO kepada rakyat terutamanya pengundi.

Namun amat mendukacitakan apabila kekuatan jentera UMNO yang ramai tidak 

berupaya  meyakinkan pengundi untuk 'kalih' kepada BN. Sebaliknya pengundi masih mahu terus mengekalkan PAS di sini.

Mungkin apa yang bakal saya utarakan ini menyentuh sensitiviti sesetengah pihak dan lain². 


Pemerhatian saya sepanjang berkampung di Sg Limau seminggu lamanya telah dilihatkan dengan kelemahan² yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ketua² jentera sebagai contoh jentera sayap UMNO.

Saya tidak mahu menceritakan ketidakberkesanan parti lain selain daripada UMNO kerana bagi saya, mereka ada ataupun tidak, ianya tetap sama. Bak kata orang, buek habis boras jo ado ko takdo. 

Cumanya di sini, konteksnya kita mahu mengukuhkan lagi UMNO untuk masa hadapan.

Berbalik kepada pengurusan pentadbiran jentera sayap UMNO yang dilihat goyah ialah Pemuda UMNO. Dahulunya Pemuda dipandang hebat dan tinggi tetapi hari ini Pemuda nampak seakan lemau dan lebih memeranjatkan Puteri & Wanita jauh lebih ke hadapan berkempen kali ini.

Apakah dengan pelantikan Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwan Bro sebagai Ketua Pengarah Jentera Pemuda di Sg Limau sebenarnya langsung tidak memberikan impact kepada pengundi di sini atau sebenarnya Azwan Bro bukanlah orang yang sepatutnya diberikan amanah tersebut. Pemerhatian saya,
Azwan Bro tidak tahu buat kerja !

Saya tidak tahu apa yang beliau lakukan sebelum ini di negeri Perak semasa beliau memegang tampuk kepimpinan Pemuda negeri sebagai Ketua Pemuda Negeri. Tetapi kejayaan beliau menjawat jawatan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dirasakan mungkin beliau seorang pemimpin Pemuda yang hebat. Tetapi bila saya melihatkan cara beliau di sini, amat mendukacitakan.

Siapa di kalangan pembaca yang melihat gambar² program berlumpur Azwan Bro bersama²  

Exco Pemuda UMNO di Sg Limau? Saya pasti rata² sudah melihatnya. Tapi di manakah  sentuhan buat pengundi?

Saya bertanya kepada beberapa orang penduduk di sini. Rata² berpendapat,
mereka tidak senang dengan sikap Azwan Bro yang tidak turun padang hingga 
ke akar umbi sebaliknya hanya bergaul dengan sesama ahli UMNO dan teman² 
Exco. Itu tidak termasuk lagi dengan konvoi kereta mewah yang
mengiringi beliau semasa hari pengundian. Ia amat berbeza sekali dengan
kehadiran Naib Presiden UMNO, Dato Seri Shafie Apdal yang melawat dari PDM ke PDM dengan bermotorsikal sahaja.

Sama lah kesnya semasa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin turun ke 

Sg Limau melawat penduduk. Berapa buahkah kenderaan dan berapa panjangkah
konvoi yang mengiringi Khairy ketika itu. Pemerhatian saya tidak kurang dari 
15 buah kereta berdarjat 'mewah' ataupun bahasa orang kampungnya,
'kereta besar' ketika itu. Persoalannya lagi, adakah kenderaan² ini dipandu 
mengikut kadar kelajuan di kawasan kampung?

Weihhh apa kejadahnya korang nak beriya² konvoi kereta dengan Khairy?

Ingat orang kampung suka ker tengok kereta mewah korang tu. Kot kalo 
korang nak bodek Khairy, tak boleh ker buat kat Kuala Lumpur ataupun 
kat Putrajaya?


Berbalik kepada jentera Pemuda UMNO, skuad bermotorsikal yang dilancarkan 
oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Pejabat 
Gerakan Pemuda UMNO sehari dua sebelum PRK, dilihat amat lesu dan rasa²nya 
tidak memberikan impact langsung ketika hari pengundian. Skuad bermotor BN 
yang berkonvoi pada hari pengundian boleh dikira berapa jumlahnya berbanding 
ketika hari pelancaran.

Tak kisahlah jika budak² motor ni datang dari luar daerah Sg Limau, sepatutnya

mereka ini perlulah ditetapkan untuk hadir pada hari tersebut dan diaturkan 
pergerakan mereka. Saya melihat kumpulan bermotor daripada PAS amat
meninggalkan kesan kerana mereka bukan saja terdiri daripada anak² muda 
kampung bahkan daripada kumpulan motorsikal berkuasa besar (dibayar) untuk
sama² memeriahkan dan membuat provokasi di sini.

Jumlah jentera Pemuda UMNO yang diwar²kan sekitar 2,000 orang tidak kelihatan

jumlah tersebut pada hari pengundian. Misteri kehilangan jentera² ini masih lagi
belum terjawab tapi ada lah beberapa buah blog yang akan 
mengeluarkan bukti bergambar di manakah mereka berada.

P/s : Khairy Jamaluddin & Azwan Bro, boleh jawabkah persoalan saya ni?