Januari 2012
Nizar dan PAS Bukit Gantang pasti resah dengan perkembangan terbaru ,walaupun dikhabarkan telah menyebarkan SMS agar menghalang penyokong dan ahli PAS hadir ke ceramah Hasan Ali.Kehadiran orang ramai dikatakan 10 ribu orang.

Sentimen ini Pisau lihat bagaimana penyokong dan ahli PAS dan umat Islam secara keseluruhannya mahu mendengar penjelasan Hasan Ali.Secara tidak langsung rakyat sudah tidak mahu mendengar penjelasan PAS sebagai kaldai tunggangan DAP yang sentiasa menghalalkan cara .

Senario dan lanskap politik bakal berubah,adakah kita bakal menyaksikan sekali lagi tsunami politik yang kali ini bakal memihak kepada BN?







Inilah rumah yang bakal kita semua diami suatu hari nanti. Lambat cepat bergantung kepada ketentuan Ilahi. Selain dari sibuk menyediakan harta kekayaan untuk diri dan keluarga, jangan sesekali kita lupa untuk mengumpul kekayaan untuk di bawa bekalan menuju ke rumah yang bakal kita diami ini sehingga berkumpulnya di padang Mahsyar.
PAS bukan agama, sebaliknya PAS merupakan satu parti politik, tegas YB Datu' Dr Hassan Ali, ADUN Gombak Setia, di Dewan Orang Ramai Meru Klang, dalam majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah, 20 Jan. "PAS bukan agama. PAS adalah mekanisme untuk membawa agama dalam hidup. PAS adlah sebuah parti , macam parti-parti lain untuk berjuang menegakkan sesuatu Idealisme", katanya.

Dr Hassan berkata PAS sekarang tidak bolih diharap untuk menjaga agama dan kini menjadi parti yang berbeza daripada parti daripada parti yang dimasukinya 15 tahun dahulu. "Dulu saya masuk PAS, 15 tahun yang lalu, saya yakin pertama sekali PAS nak tegakkan negara Islam, bersendikan Al-Quran, sunnah, Ijmak dan Qias itu saya masuk PAS. Saya masuk PAS kerana kepimpinan ulama. Atas Ulamanya ulama. Presidennya ulama. Timbalan Presidennya ulama, Naib Presidennya ulama, sebab saya perlu dipimpin ke jalan yang benar oleh ulama.

"Sekarang ini..dalam pimpinan PAS, ulama yang tinggal lebih kurang 23% sahaja, 72.28% adalah orang yang bukan ulama, pada masa yang sama ada orang mengatakan mereka itulah parasit-parasit dalam PAS," katanya. Sementara itu ustaz Hassan Basri beka Ketua Penerangan PAS Selangor dalam majlis sama berkata golongan yang berjuang melaksanakan Malaysia Malaysian dan Sosialis Komunis adalah ancaman sebenar kepada Islam.

Di luar sana ada musuh..berhati-hati dengan mereka yang mengancam Islam mereka yang melaksanakan Malaysia Malaysian..mereka melaksanakan sosialis komunis..walaupun ada manusia yang cuba mengangkat manusia komunis menjadi hero.. Bagaimana mereka mengangkat komunis satu fahaman yang sesat, satu fahaman yang menjauhkan manusia daripada kebenaran dan keadilan Islam", katanya.

DI-RINGKASKAN TEKS UCAPAN HASSAN ALI: "Yang paling malang kita memilih Exco agama (adalah individu) yang tidak boleh mengimamkan sembahyang. "Saya mencabar Menteri Besar Selangor supaya menjadi Imam sembahyang Jumaat..saya mencabar Menteri Besar Selangor supaya naik mimbar membaca khutbat..kita mencabar Menteri Besar Selangor supaya membaca doa dalam majlis-majlis." katanya
DALAM BN UMNO YG JADI KETUA, DAN BILA MENANG PRU MAKA YG JADI PM DAN TPM ADALAH DARI UMNO SUPAYA KESETABILAN DAN PERPADUAN ANTARA KOMPENAN LEBIH KEMAS! TIADA PEREBUTAN DAN TIADA WASANGKA! DALAM PR SIAPA YG JADI KETUA? PAS KE? KALAU PR MENANG PRU YG JADI PM DAN TPM DARI PAS KE? INI YG AKU KATA PAS MENGARUT NAK GANTI UMNO NI! KALAU DAH BELACI TU TETAP BELACI LAH SAMPAI KEMATI GAYANYA...... LU FIKIR LAH SENDIRI
Inilah yang bakal berlaku apabila undang-undang LGBT dikatakan lapuk.
Inilah yang diusahakan oleh pelaku dan pengemar seks songsang yang mendapat sokongan daripada "ProGay" di luar negara.


RUPANYA PROJEK SPRMRKT AMAN CENTRAL DI TAPAK WAKAF KHAS MADRSAH SOLIHIAH DI BERI KEPADA SYARIKAT MILIK TOKOH KORPORAT PULAU PINANG BERNAMA SUNNY HO DR SYARIKAT BELLEVIEW...! CUBA BAYANG KALU YANG RAMPAS TANAH WAKAF TU DS NAJIB, DAH LAMA PARA PARASITUS KALKATUS KAPIRKN UMNO...!
Sejak kebelakangan ini budaya mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati sudah menjadi trend di negara kita. Perhimpunan yang kononnya dikatakan aman akhirnya seringkali sahaja menimbulkan kekecohan dan masalah. Perhimpunan Bersih 1.0 contohnya.

Ia telah menyebabkan para peniaga tidak dapat mencari rezeki, kawasan perarakan dan perhimpunan kotor dicemari sampah sarap dan botol minuman, jalan-jalan ditutup malahan sampai ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas.

MAHASISWA MELAYU DAN KETAKSUBAN POLITIK

Sejak kebelakangan ini budaya mengadakan perhimpunan untuk menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati sudah menjadi trend di negara kita. Perhimpunan yang kononnya dikatakan aman akhirnya seringkali sahaja menimbulkan kekecohan dan masalah. Perhimpunan Bersih 1.0 contohnya. Ia telah menyebabkan para peniaga tidak dapat mencari rezeki, kawasan perarakan dan perhimpunan kotor dicemari sampah sarap dan botol minuman, jalan-jalan ditutup malahan sampai ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kini budaya berhimpun ini sudah menular pula ke institusi pengajian tinggi. Dahulu, tugas para mahasiswa adalah belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan ilmu pengetahuan dan segulung ijazah yang merupakan pengiktirafan mereka yang boleh membantu memberikan mereka masa depan yang cerah jika mendapat pekerjaan yang baik-baik dan bergaji lumayan. Namun kini, ada sesetengah mahasiswa lebih mementingkan politik daripada ilmu. Mereka sanggup digantung sesi pembelajaran kerana ingin berpolitik. Dan ini berlaku kepada mahasiswa berbangsa melayu! Penulis belum pernah (atau mungkin penulis tidak terdedah, ibarat katak di bawah tempurung) mendengar mahasiswa dari bangsa bukan melayu digantung pengajian kerana ingin berpolitik.

Penulis berasa hairan dan tidak dapat menebak apakah yang ada di dalam pemikiran mereka ini. Adakah mereka menganggap dengan berbuat begitu (berhimpun dan menimbulkan masalah) akan memberikan kelebihan kepada mereka? Tidakkah mereka terfikir sesungguhnya rakyat tidak mahu pemimpin yang dungu, tidak berilmu dan suka mengikut kata hati?

Adakah dengan tertubuhnya Pakatan Rakyat yang telah mencetuskan budaya berhimpun demi mendapatkan sesuatu seperti di negara luar? Jika ditanya kepada penulis, tentu sahaja jawapannya adalah, ya.
DARI ABI HURAIRAH, IA BERKATA. TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW "BARANG SIAPA YANG BERDUSTA ATASKU (YAKNI ATAS NAMAKU) DENGAN SENGAJA, MAKA HENDAKLAH IA MENGAMBIL TEMPAT DUDUKNYA (YAKNI TEMPAT TINGGALNYA) DI NERAKA”.

(HADIS SAHIH DIKELUARKAN OLEH IMAM BUKHARI (1/36) DAN MUSLIM (1/8) DLL.)

DARI ABI HURAIRAH, IA BERKATA. TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW: "BARANGSIAPA YANG MEMBUAT-BUAT PERKATAAN ATAS (NAMA) KU YANG (SAMA SEKALI) TIDAK PERNAH AKU UCAPKAN, MAKA HENDAKLAH IA MENGAMBIL TEMPAT DUDUKNYA DI NERAKA".

(HADIS SAHIH DIKELUARKAN OLEH IBNU MAJAH (NO. 34) DAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL (2/321))

ASSALAMUALAIKUM.

Makin haru biru laaa aqidah PAS ni....Hari tu si OSTAT BUDAK yang dibentuk oleh PAS ni 'proclaim' Nik Aziz Nik Mat ni sebagai NABI...


Terkini, OSTAT budak ni berdusta atas nama Nabi Muhammad S.A.W yang kononnya Nabi Muhammad S.A.W menyesal tak dapat jumpa Imam Al-Ghazali. Tak percaya tengok video kat BAWAH ni....

(RUJUK MINIT 2:15 HINGGA MINIT 3:33)

Baik, sekarang kita tengok apa amaran Rasulullah S.A.W keatas sesiapa sahaja yang berdusta atas namanya.



Ketua Audit Negara menegaskan :

SHAH ALAM - Ketua Audit Negara menegaskan memang terdapat beberapa kelemahan dalam projek ternakan lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tetapi pihaknya tidak pernah menggambarkan ia "kucar kacir atau pun ada PENYELEWENGAN."

"Jika dibaca keseluruhan Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun PENYELEWENGAN. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan," katanya.
Daripada Wabisah bin Makbud
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:


Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab ˜ia' maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka. - H.R Ahmad & ad-Darami

1. Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.

2. Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.

3. Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.

Video di bawah ini salah satu contoh orang yang keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya dan dia tidak berpuashati dengan fatwa berkenaan yang telah diperkenankan oleh Baginda Tuanku Sultan (Ketua Agama Isam) untuk menyellamatkan Syiar, Hak & Kepentingan umat Islam di sini.



Bayangkanlah Azizan Razak Mati Kerana Jantungnya Gagal Berfungsi Akibat Tiada Ketenangan Dalam Diri Yang Disebabkan Oleh Kritikan & Desakan Ummat Islam Serta Rakyat Agar Mempertahankan Madrasah Salihiah Dan Syiar Islam Daripada Dirobohkan Oleh Pemaju Projek Aman Central.

PERSOALANNYA
Apakah Mereka Yang Melakukan Sedemikian Akan DIPERANGI & Akan Didakwa Serta Dijatuhkan Hukuman?
Thursday, January 26, 2012

Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!! Injil telah dicetak & di edar.IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedia lah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT

Tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....

Gambar Lina Joy ( belakang sekali ) Dan Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

BACA SAMA-SAMA...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah.Nak jadi apa dah ni ??? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak,tapi takut ada anak yang terpesong akidah..baik tak de langsung!!

Mufti Perak,Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].

Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah,semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib,supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM ??? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.

ANDA NAK TAHU KISAH NYA ???

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN
Secara amnya, manusia yang hidup memerlukan kepada ketua. Ini dijelaskan menerusi firman Allah dalam ayat ke-30 surah al-Baqarah yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat,

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi…”.

Manusia dilantik sebagai khalifah atau pemimpin untuk melaksanakan tiga misi. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah. Kedua, mentadbir dan menjalin hubungan sesama manusia. Ketiga, mentadbir semua makhluk di muka bumi termasuk sumber galian dan sumber air.

Justeru, antara sifat terpuji yang perlu ada pada pemimpin yang terpuji ialah amanah. Ia adalah satu unsur kesempurnaan peribadi dan sifat golongan beriman. Tanpanya akan berlakulah penindasan, kezaliman dan segala bentuk penganiayaan.

Khalifah dalam ayat itu antara lain bermaksud pengganti kepada Allah s.w.t. untuk memakmurkan bumi ini. Konsep ketua ini adalah bagi menguruskan bumi.


Jadi, perkara pokok yang perlu ada pada pemimpin ialah amanah. Di peringkat mikro, setiap suami adalah pemimpin keluarganya, isteri atau ibu itu pemimpin bagi anak-anaknya. Di peringkat makro pula, setiap pemimpin atau Perdana Menteri itu adalah pemimpin bagi negara dan rakyatnya.

Nabi SAW sering mengingatkan umatnya mengenai keutamaan sifat ini melalui hadis diriwayatkan Imam Ahmad, al-Bazzar dan Tabrani, maksudnya:

“Tiada iman bagi orang yang tiada amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak (dipercayai) janjinya”.

Jelas, amanah merangkumi banyak aspek kehidupan, bermula pada sudut keperibadian diri sendiri hingga urusan yang membabitkan kepemimpinan dan kenegaraan. Oleh itu, sudah tentu ia suatu sifat yang cukup berat untuk diamalkan.



Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan disoal pada hari akhirat ke atas apa yang kamu pimpin…” (riwayat Muslim)

Jadi, sepatutnya, tidak timbul persoalan berebut-rebut hendak jadi pemimpin sebabnya seolah-olah kita dikejar untuk kena soal kelak. Hari ini kepimpinan sinonim dengan pulangan yang lumayan. Mungkin sebab itu ramai yang berebut-rebut menawarkan diri merebut jawatan.

Di dalam Islam, jawatan itu ada pulangan. Sebabnya, apabila individu itu menghabiskan masa dan tenaga untuk umat maka dia berhak menerima gaji. Gaji itu pula hendaklah setimpal supaya ia mencukupi untuk makan dan pakai. Tidak meminta-minta kepada orang lain atau asakan nafsu sehingga barangkali terlibat dalam rasuah. Bagaimanapun, persoalan besar di sini adakah pulangan atau amanah yang jadi matlamat?



Dalam Islam, kita dilarang meminta jadi pemimpin. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW apabila didatangi oleh Abu Musa. Dia berkata kepada Rasulullah: “tolong ambil kami jadi ketua”.

Kemudian Nabi bersabda:

“Demi Allah, kami tidak akan lantik pekerjaan ini kepada seorang yang meminta jawatan atau orang yang nampak rakus mahukan jawatan”.

Dalam kes lain, Abu Zar bertanya kepada Nabi SAW “lantiklah saya jadi Gabenor.”

Baginda bersabda lagi:

“Kamu ini lemah”.

Ini menggambarkan dalam dunia sekarang, ramai yang tidak ada kemampuan tetapi minta mahu jadi pemimpin. Ini antara sebab berlakunya politik wang. Mereka gunakan wang untuk beli undi. Maksud lemah yang disebut oleh Baginda SAW itu apabila seseorang meminta dipilih atau dilantik sebagai pemimpin atau rakus. Rakus itu bahaya kerana biasanya orang yang meminta-minta jawatan itu sebab hendakkan pulangan. Pada hari kiamat kelak, sikap ini akan membawa kita kepada kehinaan.


Sebab itu kata Nabi SAW:

“siapa yang meminta jawatan, kita hendaklah tolak mereka awal-awal”.

Hikmah tidak minta jawatan antaranya kerana orang yang minta jawatan tidak akan mendapat bantuan orang lain. Sebabnya, dia hendak sangat jawatan itu. Jadi, orang akan serah bulat-bulat kepada dia seorang untuk melakukan tugas.

Walhal, jika kita diberi sesuatu jawatan tanpa meminta-minta, kita akan diberi bantuan. Rakan-rakan akan kata, “Tak apa, kamu tak nak jawatan tetapi kami akan bantu”.

Rasulullah ada bersabda yang antara lain maksudnya:

“Tanda-tanda akhir zaman ialah jika umatku melakukan 15 pekara maka layaklah Allah turunkan bala. S atu daripadanya ialah apabila amanah menjadi tempat untuk dapat habuan, maka di kala itu bala akan turun”.

Apabila berebut jawatan, ekonomi akan merudum, politik pun tidak stabil. Maka, Allah jadikan orang lain menguasai kita. Masyarakat perlu membuat pilihan berdasarkan neraca keimanan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kepimpinan umat seperti pemilihan jawatan tertinggi UMNO. Kita perlu tegas. Mereka yang ada ciri-ciri seperti di atas tadi hendaklah dibuang. Sebaliknya, kita perlu pilih calon yang bersifat tawaduk iaitu orang yang tidak mahu tonjolkan diri.

Antara yang penting dalam memilih pemimpin adalah aspek solehnya calon berkenaan. Apabila soleh maka dia akan menjaga amanah sebagai pemimpin. Maka kita tidak perlu bimbang tentang berlakunya penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau pun rasuah. Orang itu juga mestilah yang kuat dari segi jasmani dan akal iaitu mempunyai ilmu. Dia juga mesti orang yang takut kepada hisab (perhitungan Allah) dan membuat baiah yakni menjadi wakil orang bawahan untuk pastikan segala kehendak Allah terlaksana di muka bumi.

Mungkin timbul persoalan, bagaimana hendak memilih pemimpin yang amanah jika golongan pemilihnya ramai yang korup. Tetapi kaedah Islam menetapkan bahawa Allah tidak akan menghimpunkan umatnya dalam kesesatan. Maknanya, akan ada dalam masyarakat golongan yang nakal dan yang baik. Jika benar-benar tawaduk, insya-Allah akan dibuka hati orang untuk mengundi atau pilih calon-calon yang soleh tadi.

Islam tidak halang kita mencipta sistem pemilihan seperti demokrasi tetapi kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada itu. Dalam Islam kita ada satu lagi sistem yang disebut syura. Islam tidak ajar bahawa majoriti jadi penentu sebagaimana di Barat.

Kita wajib memilih pemimpin di kalangan orang yang layak sebagai mana firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya…” (An-Nisa’: 58).

Allah beri syarat negara yang berkat itu mesti wujud keadilan sosial dan ekonomi. Ini dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud:

“Dan jika penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka sudah usahakan”. (al-A’raf: 96)

Namun, Allah juga memberi amaran yang bermaksud:

“Maka mereka berpaling ingkar, lalu kami turunkan banjir yang membinasakan dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) dengan dua kumpulan kebun yang berisi pohon-pohon yang pahit buahnya dan pohon-pohon yang jarang berbuah serta sedikit pohon bidara. Demikianlah kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka…” (Saba’: 16-17)

Kalau kita merujuk kepada pemilihan UMNO, boleh kita katakan rosak UMNO rosaklah negara. Sebab, ia adalah parti pemerintah masa kini. Maksiat yang berlaku contohnya amalan politik wang akan merosakkan negara. Pemimpin yang kufur dengan nikmat Allah menjadi penyebab kepada kelaparan dan ketakutan di kalangan rakyat.

Pada masa yang sama, kita perlu menyegerakan penubuhan kerajaan perpaduan untuk menyelamatkan umat Islam dan Melayu. Demokrasi acuan Barat membentuk parti untuk jadi pemimpin negara. Jika ini diamalkan ia jadi pertembungan yang tidak berkesudahan. Sebabnya sistem kepartian jadi penyebab kepada pecah belah.

Sentimen lama dalam politik perlu dibuang. Kita wajib menyahut seruan perpaduan sebagai mana yang sedang diusahakan oleh kalangan pemimpin UMNO dan Pas. Jika ini direalisasikan, golongan pendakwah pun lebih bebas mengkritik sebab tidak akan dilihat bias kepada mana-mana parti.

Artikel ini agak panjang, harap rakan-rakan pembaca dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya perlahan-lahan sehingga habis tanpa meninggalkan satu perenggan pun yang bertulisan kuning kerana perkara ini amat penting untuk rakan seperjuangan ketahui dan sebarkan.

Perkara ini sudah lama saya tunggu-tunggu, sebelum ini saya ada mendengar cerita dari beberapa orang tentang sebab sebenar Pas ditendang keluar dari BN kerana Pas mengkhianati BN.

Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Saya difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Itu sahaja yang saya tahu sebelum ini, saya cuba mencari info berkenaan dengan perkara ini tetapi saya tidak jumpa orang yang tahu perkara sebenar.

Berbeza dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. Sudah lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.

Alhamdulillah, sebaik sahaja saya masuk ke bilik dan buka komputer sekembalinya dari membuat liputan di beberapa buah pulau dalam Parlimen Batu Sapi sebentar tadi, saya terbaca satu berita di Bernama.Com tentang perkara tersebut.

Seorang veteran Umno, Datuk Rozali Isohak telah menjelaskan perkara sebenar. Tetapi berita mengenai perkara tersebut tidak panjang di Bernama.Com.

Saya cuba membuat semakan di Google, Alhamdulilah, sekali lagi rezeki datang. Kali ini lebih terperinci datang dari blog Pemuda Umno Jasin iaitu ucapan penuh Arwah Tun Hussin pada tahun 1977 tentang penyingkiran Pas dari BN.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Pemuda Umno Jasin dan Datuk Rozali Isohak.

Pas adalah punca sebenar perpecahan umat Islam di bumi Tanah Melayu. Pemimpin-pemimpin Pas adalah ejen-ejen iblis di muka bumi ini yang ditugaskan untuk memecah belah umat Islam.

Ucapan penuh Tun Hussin Pada Tahun 1977
(dipetik dari blog Pemuda Umno Jasin)
"Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.

Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan

Setelah membaca ucapan penuh Tun Hussin, bulu roma saya jadi tegak, darah jadi berderau. Geramnya aku pada Pas tidak boleh nak dikatakan lagi. Ayuh rakan-rakan ku sekalian, kita harus bangkit menentang Pas habis-habisan. Perkara ini wajib dilakukan, kita harus menentang Pas sebagaimana kita menentang iblis dan syaitan. Kerana Pas lah punca kepada segala perpecahan di muka bumi ini. Pas jugalah yang menyebabkan fitnah berleluasa di negara ini.

Bila Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah dengan begitu mudah sekali ditukar hakmiliknya kepada orang Kristian, Tanah Rezab Melayu macam Kacang saja la...

TIDAK MUSTAHIL Tanah Masjid Zahir yang BERSTATUS PERTANIAN dengan mudah boleh dipindah miliknya.

Kenapa? Takpercaya ?!!...
Admin CABAR Kerajaan Kedah dibawah pentadbiran PAS membuat kenyataan Rasmi kepada Rakyat berhubung status tanah Masjid Zahir, kerana Allah.

Ada berani ka Datuk Sri Setia DiRaja Datok Azizan Razak?
Wanita UMNO sedang menunggu untuk membuat laporan polis berhubung "Bebas Anwar 901" di Ibupejabat Polis Dang Wangi. Dan dalam masa sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga berada dilokasi sama bagi membuat laporan polis mengenai insiden yang berlaku di hadapan pintu masuk UPSI pada malam sambutan tahun baru 2012.


Mampos UMNO? Terima Kasih Hakim? Terima Kasih Polis? Muslimat berjabat Abang polis? Perghhhh!!!!


Lihatlah akhlak muslimat PAS selepas mahkamah membuat keputusan kes liwat Anwar Ibrahim. Buruk sungguh perilaku dengan bertudung labuh dan menjerit-jerit di tengah jalan. Renung-renungkan.

Untuk baca bahagian pertama, sila ke posting sebelum ini.

Bahagian kedua kali ini, blogger PAS yang sama mengupas bagaimana Nik Aziz telah bertindak di luar kuasanya.

Ikuti pendedahan bahagian kedua blogger PAS (Tin Buruk).
(http://tin-buruk.blogspot.com/2012/01/presiden-dan-mursyidul-am-pas-siapa.html)

Presiden dan Mursyidul Am PAS, siapa lebih power?Dari mula baca di sini...

Selepas lelaki itu keluar daripada warung, kawan saya mula bersuara, "Majlis Syura tak pernah bermesyuarat ke?" dia pula mengaju soalan kepada saya.

"Entah, saya tak pasti".. Saya menjelas secara ikhlas sebenarnya saya tak tahu tentang hal ini. Tapi hati kecil saya mengiyakan bahawa banyak tindakan dalam PAS akhir-ahlir ini agak tidak menentu kerana Majlis Syura tidak berfungsi dengan baik. Mungkin pendapat saya ada yang tak bersetuju. Tapi itu sekadar pendapat.

"Siapa lebih power antara Mursyidur Am PAS atau Presiden?" Kawan saya mulai nak buat lawak. Saya sebenarnya malas nak layan tapi ambil hati masih melayan. Tapi kali ini saya menggunakan kaedah Socrates, "Speaker Dewan dan Perdana Menteri siapa lebih kuasa?"

Dia kata kepada saya, aku tanya ini pasal banyak sangat soalan terutama daripada wartawan menuju kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak kepada Presiden PAS. Dalam banyak hal Presiden PAS soalah-olah diketepikan oleh media.

Aku berpendapat Mursyidur Am PAS macam speaker, makna dalam PAS ini ada kuasa yang lebih daripada Presiden dan dia mengetuai Majlis Syura PAS. Keputusan Dewan Harian PAS yang diputuskan jika ada bercanggah dengan syara' boleh dibatalkan oleh Majlis Syura yang dipenegrusikan oleh Mursyidur Am.

Tapi di luar, PAS mestilah dilihat bahawa yang berkuasa ialah Presiden bukan Mursyidur Am. Kecelaruan dalam hal ini amat ketara dan itu pasal imej Presiden nampak lemah pada mata kasar orang awam. Tak hairanlah Prof. Aziz Bari mengatakan Presiden PAS sekadar pemasang khemah.

"Aziz Bari minta pecat Presiden" suara sebelah kami menyampuk. Kami makan di warung kebetulan meja warung itu panjang, disebelah hujung itu ada beberapa orang sedang menikmati hidangan. Rupanya mereka juga tertarik apa yang dicetus oleh orang tua yang dah keluar daripada warung.

"Akhirnya Aziz Bari yang kena pecat...kan!!" saya menjawab sambil gelak kecil. Jawapan itu sebenarnya jawapan hormanis.. kepada orang-orang yang tidak dikenali. Saya menyebut kepada mereka, ulama yang ikhlas dalam perjuangan walaupun nampak bodoh kita jangan hina mereka kerana merasai keilmuan kita lebih tinggi daripada mereka. Allah mungkin lebih sayang dia daripada kita. Allah biasanya akan menunjukkan sesuatu agar kita mengambil teladan.

Saya berpendapat apa yang berlaku pada Prof, Aziz Bari boleh diambil pengajaran, kerana saya hadir di Taman Melewar semasa orang mempertikaikan Presiden dan Presiden PAS masih boleh duduk dihadapan mencatat apa yang ditegur kepadanya.

Kebetulan pula beberapa masa selepas itu saya berkesempatan berjumpa Presiden 'face by face' dan pada kesempatan ini saya tanya banyak soalan, antaranya mengenai kajian ProfMadya Dr Abu Hassan Hasbullah yang bersama dengan Prof Dr Aziz Bari pada malam tersebut. Presiden menjawab, PAS juga ada kajiannya. Kajian PAS lebih detail dan menyeluruh daripada kajian prof berkenaan. Kita mendalami kepada akar umbil melalui skuad skuba dan waja. Kita melihat realiti yang berlaku daripada pandangan masyarakat kampung jelas {residen PAS kepada saya.

Saya bertanya Presiden, kenapa tidak disebut tentang PAS ada kajian sendiri pada malam itu. Presiden PAS menjawab pendek sahaja, buat apa nak didedahkan apa yang kita ada lagi pun malam itu kita hendak mendengar kritikan orang luar kepada kita.

Saya sambung lagi isu Presiden dan Mursyidur Am, siapa yang lebih berkuasa.

Saya kata kalau speaker bersyuara di luar Dewan, orang kata speaker tidak betul. Sama juga saya berpendapat (ini mungkin pendapat saya, pembaca nerhak untuk tidak menerima) Mursyidur Am PAS tak sepetatutnya mengeluar pendapat atas batang tubuh Mursyidur Am untuk kenyataan awam. Kenyataan ini 'mesti' akan menghuru-harakan PAS.

Saya tambah lagi jika Mursyidur Am mengeluarkan pendapat dan pendapatnya bercanggah dengan Presiden ini lagi menghuru-harakan PAS. Apa guna PAS ada Majlis Syura kalau Mursyidur Am lebih suka membuat kenyataan di luar?

Sedagkan semua ahli PAS tahu Presiden pun salah seorang daripada ahli Majlis Syura. Kan lebih baik percanggahan pendapat diselesaikan di situ. Bukan seperti yang pernah berlaku bercanggah pendapat di media, kemudian ahli dah jadi tak menentu, dalam media internet berperang sama sendiri barulah nak diadakan perjumpaan di JKR 10 atas dasar nak selesaikan masalah berlaku.

Kan bodoh nampaknya...

Sepatutnya selesaikan masalah di dalam Majlis Syura dan buat kenyataan bersama. Ahli pun taklah pening kepala...
Sumber : (http://tin-buruk.blogspot.com/2012/01/presiden-dan-mursyidul-am-pas-siapa.html)

*Terima kasih kepada Tin Buruk kerana menerangkan kepada MyMassa yang bukan ahli PAS apa sebenarnya yang berlaku dalam parti tersebut. Patutlah sekarang ni PAS semakin lari dari landasan yang sebenar.

Hassan ali bertegas menjalankan tugas dengan enakmen syariah negeri...di katakan tak senonoh..di pecat tanpa membela diri secara tertib...anwar ibrahim yang di ragui moral nya..di sokong pula pas dap,dan sanggup menunggu kes nye berjalan di mahkamah selama bertahun tahun..kenapa ruang untuk hassan ali tiada ya...

Tindakan Khalid Gagap yang tidak memberi jawatan Exco Agama kepada mana2 ADUN PAS sedia ada sebenarnya mengiyakan penjelasan bekas Exco sebelum ini iaitu Hassan Ali bahawa terdapat unsur2 memurtadkan Umat Islam di Negeri tersebut.

Perlantikan ADUN Sijangkang Dr. Ahmad Yunus sebagai Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan seolah2 sekadar isyarat bagi memenuhi kuota PAS di dalam barisan exco yang dijanjikan.

Di manakah krelibiliti PAS yang mewakili parti Islam akan tetapi tidak lagi diberi kepercayaan meneruskan portfolio Agama.

Malah tindakan Khalid Gagap memegang jawatan Exco Agama seolah2 menyekat usaha parti tersebut untuk berdakwah menentang sebarang percanggahan undang2 Syariah di Negeri tersebut.

Apa komen anda?
Kemunculan huru hara dunia semakin menghimpit kita menjadikan kita terus bercelaru untuk mencari siapa musuh kita sebenar. Kita disibukkan dengan sesuatu yang sebenarnya tidak perlu. Hari yang semakin kacau ini akan membutakan mata kita untuk melihat kebenaran. Tentulah semua ini sengaja dibebankan kepada kita, manusia akhir zaman.

Pemesongan fakta serta bukti sengaja ditimbulkan bagi mengelak dari dikesan. Negara Arab tidak lagi akan aman sampai bila-bila kerana sememangnya ia dirancang sedemikian rupa. Dunia Islam akan digoncang dan dimanipulasi sehingga kita semua menjadi letih dan lesu. Jangan kita sangka Malaysia akan terlepas dari strategi ini.

Kita mungkin bernasib baik, namun ia tetap akan terjadi juga akhirnya kerana Knights Templer dan armada salib mereka sentiasa berusaha tanpa jemu mengkucar kacirkan negara kita. Memang benar segala langkah mereka akan terus terselindung, namun ada diantaranya dapat kita kesan melalui beberapa tindakan mereka yang melebihi batas. Contoh terbaru ialah bagaimana beberapa pertubuhan di USA mengecam sistem perundangan kita. Menggesa kita mengubah beberapa peruntukan undang-undang tertentu.

Mengapa mereka begitu berminat mencampuri urusan negara kita? Mengapa mereka tidak cuba selesaikan apa yang mereka telah mulakan di Asia Tengah, Asia Barat dan Utara Afrika? Agen-agen mereka berkeliaran dalam negara kita dengan bebas dan mampu pula melantik beberapa proksi secara rahsia. Ini menunjukkan mereka tidak pernah putus asa untuk merentap keamanan yang sedia wujud dalam negara sejak sekian lama. Ikuti kisah selanjutnya di bawah sekali.

BACA SAMPAI FAHAM. WALAUPUN PANJANG TAPI AMAT BERMAKNA UNTUK KEHARMONIAN NEGARA MALAYSIA. SEDAR SEBELUM TERLAMBAT
.

KAITAN RIBA, KNIGHTS TEMPLER DAN MANUSIA DI AKHIR ZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim
gambar pada wang kertas 10 ringgit lama

Kemunculan huru hara dunia semakin menghimpit kita menjadikan kita terus bercelaru untuk mencari siapa musuh kita sebenar. Kita disibukkan dengan sesuatu yang sebenarnya tidak perlu. Hari yang semakin kacau ini akan membutakan mata kita untuk melihat kebenaran. Tentulah semua ini sengaja dibebankan kepada kita, manusia akhir zaman.

Pemesongan fakta serta bukti sengaja ditimbulkan bagi mengelak dari dikesan. Negara Arab tidak lagi akan aman sampai bila-bila kerana sememangnya ia dirancang sedemikian rupa. Dunia Islam akan digoncang dan dimanipulasi sehingga kita semua menjadi letih dan lesu. Jangan kita sangka Malaysia akan terlepas dari strategi ini.

Kita mungkin bernasib baik, namun ia tetap akan terjadi juga akhirnya kerana Knights Templer dan armada salib mereka sentiasa berusaha tanpa jemu mengkucar kacirkan negara kita. Memang benar segala langkah mereka akan terus terselindung, namun ada diantaranya dapat kita kesan melalui beberapa tindakan mereka yang melebihi batas. Contoh terbaru ialah bagaimana beberapa pertubuhan di USA mengecam sistem perundangan kita. Menggesa kita mengubah beberapa peruntukan undang-undang tertentu.

Mengapa mereka begitu berminat mencampuri urusan negara kita? Mengapa mereka tidak cuba selesaikan apa yang mereka telah mulakan di Asia Tengah, Asia Barat dan Utara Afrika? Agen-agen mereka berkeliaran dalam negara kita dengan bebas dan mampu pula melantik beberapa proksi secara rahsia. Ini menunjukkan mereka tidak pernah putus asa untuk merentap keamanan yang sedia wujud dalam negara sejak sekian lama.

demonstran bersenjata?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan demonstrasi jalanan di Syria yang akhirnya menjadi medan pertempuran bersenjata antara demonstran dan tentera kerajaan. Siapa yang bekalkan senjata kepada demonstran? Selayaknya rakyat Syria menumpukan tenaga melawan Israel kerana negara Yahudi inilah yang sepatutnya menjadi musuh mereka. Mengapa mereka begitu bersemangat untuk menjatuhkan pemerintah padahal negara jiran mereka masih lagi huru hara sejak Saddam diguling. Bodoh sangatkah mereka?

siapa dalang yang bekalkan senjata?

Mereka tidak bodoh kerana pada zaman Asad, hampir seluruh rakyatnya dapat keluar dari buta huruf. Ramai yang telah memasuki Universiti. Tetapi apa yang terjadi ialah mereka telah diperbodohkan melalui pelbagai media terutama saluran internet yang tidak terkawal (sebagaimana di negara kita). Terhasut dengan propaganda dan maklumat palsu oleh agen-agen mereka untuk membenci kerajaan. Kini mereka dibekalkan senjata untuk memerangi tentera kerajaan pula.

kematian untuk THH

Sekarang ini sudah nampak tanda Syria akan mengikuti nasib Libya apabila pemberontak (bukan lagi demonstran) mula melaungkan perkataan "revolusi" dan meminta dunia menumbangkan Presiden dengan alasan kerajaan Syria membunuh orang awam. Ia hanya bermula dari api yang sangat kecil iaitu demonstrasi jalanan.Mulai sekarang kita akan lihat drama Libya merebak ke Syria. Sudah dekat masanya PBB dan NATO masuk campur. Israel tersenyum girang melihat rakyat Syria sibuk berbunuhan sesama sendiri.

Sukakah kita melihat siri huru hara sebegini? Layakkah kita mengangkat para demostran ini sebagai mujahidin dan kematian mereka sebagai syahid? Kita tak suka huru hara tetapi kita juga yang membantu ke arah itu dan bersedia pula dimangsakan. Kenapa? Adakah kita juga bodoh? Tidak, tetapi kita diperbodohkan sebagaimana datuk nenek kita dahulu melalui perancangan Knights Templer.

Cuba kita lihat, untuk siapa pengorbanan rakyat Syria yang selama ini menjadi penganut Islam yang hidup aman damai? Siapakah yang menjadi batu api dan merancang semua kejadian ini? Rasanya ramai yang dapat memberi jawapannya. Benarkah kita sudah faham percaturan mereka? Kalau ya, kenapa kita ikut menerima kaedah yang mereka tawarkan. Kita juga sudah mula terikut-ikut berdemonstrasi walaupun masih banyak ruang untuk kita bermusyawarah.

Kita wajib menolak hasutan membenci pemerintah seperti yang berlaku di negara Arab. Sudah ada suara-suara provokasi yang mengatakan kerajaan sekarang ini "zalim", serupa dengan apa yang berlaku kepada kerajaan Muammar Gadhafi dahulu. Sama sahaja bentuknya dan media asing pula memberi liputan tidak adil dengan memburuk-burukkan kerajaan. Melalui cara inilah hasutan diselit untuk menyemarakkan lagi kebencian rakyat kepada pemimpin negara sendiri. Mereka sentiasa memasang perangkap untuk bangunkan serangan saraf yang lebih berkesan. Matlamatnya ialah menghasut rakyat bangun memberontak menjatuhkan kerajaan walaupun majoriti rakyat tidak menyetujuinya (majority wipeout).

Saya masih ingat di era awal 60an dahulu. Saya sering terserempak dengan siaran radio Komunis Malaya (bintang tiga) cabang gerak saraf atau propaganda komunis. Mereka menghasut rakyat untuk bangun menentang kerajaan. Kaedah yang sama berulang kembali tetapi dengan cara yang lebih tersusun dan rahsia.

901

Baru-baru ini kita dimaklumkan berlaku tiga letupan bom dihari demonstrasi 901. Masing-masing menuding jari ke arah satu sama lain. PKR menuduh PERKASA. PAS menuduh UMNO dan UMNO menuduh PKR. DAP, MCA dan MIC tidak pula terlbat. Akhirnya ada yang mengatakan polis yang membuat sabotaj. Untuk apa polis lakukan semua ini? Atas alasan apa? Untuk menangkap demostran? Semua itu tidak masuk akal langsung.

Apa yang lebih meyakinkan ialah ada anasir lain yang masih menyembunyikan diri melakukannya. Alasan yang paling logik ialah huruhara. Rancangan PR untuk mengumpulkan 100 ribu penyokong pada hari itu telah diambil kesempatan untuk mencetuskan kekacauan, percik api sebagaimana berlaku di dunia Arab.

Jika benar hari itu dipenuhi lautan manusia, berapa ramaikah yang terkorban? Dalam huruhara ini akan berlakulah serang menyerang dari kedua belah pihak. Pastinya ia dimulai oleh anasir gelap yang tidak kita kenali dengan menyerang kedua belah pihak. Saya difahamkan bahawa ramai orang Yahudi telah mendarat di Singapura beberapa hari sebelum kejadian. Adakah ia satu kebetulan?

Tidak kira siapa sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang harus memahami perancangan musuh kita bersama untuk api-apikan supaya kita terus bermusuhan. Mulai sekarang jadilah manusia matang. Politik ini hanya untuk mengundi dalam pilihanraya, bukan untuk bertengkar, memaki hamun dan bergaduh. bukan untuk berpecah belah.

Apa yang penting bagi THH ialah permulaan huru hara, dan selepas itu mereka hanya melihat dari jauh. Kisah Libya, Mesir dan Syria akan wujud di bumi Malaysia. Kita patut bersyukur kepada Allah Subhana wa Taala kerana tidak mengizinkan berlakunya kekacauan pada 9 Januari yang lalu. Dengan izin Allah juga berlaku pula pemecatan Dr Hasan Ali sehari sebelum kejadian, ini telah memperlahankan rentak demonstrasi. Pemecatan Dr Hassan ada hikmahnya. Begitulah Allah memberi pertolongan kepada hambaNya, namun berapa ramaikan dari kita yang bersyukur?

ulama tidak ikur serta

Tidak mustahil ada yang menyangkal pandangan ini dan mengatakan itu semua hanya kebetulan. Namun jika Allah kehendaki, pada hari itu akan berlakulah sesuatu yang amat kita kesalkan. Ramai diantara yang menyertai perhimpunan tersebut adalah orang Melayu dan Islam. Kita pasti akan melihat aksi pergaduhan dan pembunuhan sesama Melayu sesama Islam. Keadaan pada hari ini mungkin berbeza, negara kita telah huru hara, mungkin lebih banyak rusuhan. Saya tidak membuat andaian keterlaluan kerana saya nampak ada unsur subersif seumpama Arab Spring diperhimpunan itu.

Apa yang nyata Allah tidak memihak mereka (THH) walaupun seteliti mana pun mereka merancang. Kita kira bernasib baik. Malangnya kita tidak pernah belajar dan mengambil iktibar. Kita masih bernafsu untuk berkumpul untuk demostrasi hanya kerana asakan dan pujukan ketua yang kita sayangi. Kecerdikan kita dinilai melalui keupayaan kita untuk memandang jauh ke hadapan. Sejauh mana kita mampu meneliti bukti lampau sebagai pengajaran.

Bayangkan jika anda diantara yang terkorban kerana letupan bom tersebut, berbaloikah tindakan anda membela DSAI atau Saiful itu. Apa salahnya kita membiarkan mahkamah membuat keputusannya. Jika berlaku kegawatan, ahli keluarga kita dan rakan-rakan kita mungkin ikut terkorban sama dari pelbagai kemungkinan rusuhan, pergaduhan atau mati jatuh terpijak. Bagaimana nasib kaum wanita yang ikut serta pada masa itu, mampukah mereka melarikan diri dengan selamat? Lebih malang lagi jikalau polis bertindak kasar menahan penunjuk perasaan, keadaan akan menjadi lebih gamat. .

YA. Itulah yang mereka mahu. Itulah harapan mereka kerana masa letupan bom tersebut disetkan ialah pada waktu puncak dimana hakim dijangka selesai membaca keputusannya (anggaran lebih kurang 2 jam). Keputusan pula seperti semua pihak jangkakan memihak Saiful dan DSAI disabit kesalahan, tentu keadaan penyokong DSAI seramai 100,000 orang itu menjadi ribut. Ketika kemuncak kemarahan itulah letupan berlaku. Cubalah anda bayangkan situasi pada waktu itu..

Alhamdulullah, semua itu tidak berlaku sebagaimana yang mereka kehendaki. Kita harus segera berubah. Kita perlu buat hijrah dan tinggalkan acara demonstrasi ini bagi menggagalkan niat mereka. Cukuplah kita gunakan saluran yang wajar sebagai manusia bertamaddun. Tidak kiralah sama ada anda PAS, UMNO, PKR, PERKASA atau NGOs. Usah terikut-ikut emosi dengan membenci satu sama lain kerana ia adalah hasutan syaitan, sama ada syaitan di kalangan manusia ataupun syaitan dari kalangan jin.

Jadilah dan berwataklah sepertimana manusia beriman, kerana hanya manusia beriman sahaja yang dikasihi Allah. Bersabarlah dengan kezaliman jika pun ada kerana itu pembawaan para wali Allah. Yakinlah dengan doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah swt. Bukankah kita selalu diberitahu supaya beriman bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang lagi Maha Adil? Adakah kita sudah tidak lagi beriman dengan sifatNya, beriman dengan namaNya? Tidak perlu kita beremosi kerana emosi itu sebenarnya samaran syaitan jin yang bersembunyi dalam jiwa kita. Berubahlah, berilah nasihat kepada rakan dan ahli keluarga supaya berubah sebelum ia menjadi bencana.

Saya menyeru kita semua, berpindah masuk ke pihak Allah SWT dan Rasulullah SAW. Marilah kita keluar daripada pihak penyembah lucifer, Iblis Knights Templer. Kita telah lama dikuasai dan kesemua negara Islam hari ini diperhambakan serta hidup dalam keadaan sengsara. Mereka melaksanakan pelbagai rancangan untuk memusnahkan Islam.


Produk Ekonomi Kapitalis

Bagaimanakah sekiranya suami, isteri atau anak kecil kita dibom oleh Templars dan Ya’juj & Ma’juj ini? Tetapi tidak mustahil juga sebelum serangan brutal kaum Ma'juj Ma'juj ini, kita saling berbunuhan sesama sendiri. Tidakkah anda pernah terbayang kita akan turut menerima nasib sama seperti ribuan rakyat Arab dan Asia Tengah satu hari nanti, dan pada masa itu tiada saudara Islam yang mempunyai masa untuk mempedulikan kita. Oleh itu, sudah tiba masanya kita mengkaji kembali sejarah untuk mendapatkan ilmu dan berjuang pada jalan Allah. Masuk kembali ke dalam barisan. Bersatu teguh bercerai roboh.

Bagaimanakah kita berjuang? Tak perlu kita ikut rentak yang mereka aturkan. Itu semua juadah untuk kita santap umpama racun arsenik yang bakal memusnahkan kita. Kita perlu berjuang dengan membantu menyampaikan ilmu pengetahuan ini kepada semua orang Islam, agar kita dapat bersama bangun menentang Knights Templar yang menguasai dunia hari ini. Bukan menyertai mereka. Mereka telah lama melemahkan kita dengan undang-undang mereka, media, riba dan mengawal seluruh hidup kita.

Mereka mengawal minda anak muda hingga banyak yang berfikiran sekular dan mencari keseronokan semata-mata. Inilah matlamat mereka, “Novos Ordo Seclorum” yang tertera pada US Dollar, iaitu The New Secular Order.

Mereka menjadikan orang Islam hari ini sekular yang mengaku Islam di mulut tetapi hati dan jiwa raganya menganut agama “ New Secular Order” dan membentuk “One World Religion”. Kini kita dan anak-anak kita mula tertarik dan berhujah menyokong kepercayaan Knights Templar. Ini jauh berbeza di mana wanita kafir dahulu kagum dan meniru cara wanita Islam kerana bangga dengan penghormatan diberikan kepada wanita Islam. Orang kafir dahulu mencari orang Islam untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka.

Kini semuanya terbalik. Kita pula ghairah menjulang Barat. Menerima pendekatan sekular dan kini pendekatan liberal pula. Contoh nyata, kita tahu NED merencanakan kejatuhan Islam di Timur Tengah dan memasukkan fahaman liberalisma untuk merosakkan anak muda Islam, kini kita pula yang terkinja-kinja hendak bernaung di bawah mereka.

Kita perlu kembali kepada sistem zaman lampau (Islam) untuk menjatuhkan sistem utama mereka, iaitu Sistem Undang-undang dan Sistem Matawang. Mereka ini hanya berlindung di bawah undang-undang untuk memberikan mereka kuasa ke atas wang kertas dan penguasaan kekayaan dunia. Berhentilah membantu mereka merosakkan akal murni kita dengan kekalutan yang sia-sia.

Oleh itu sasaran utama bukanlah di medan perang, tetapi di medan undang-undang, dan untuk menjatuhkan sistem mereka ini tidaklah sesukar disangka. Kedua-dua ini di dalam kawalan kita dan sistem ini lemah seperti sarang labah-labah. Kita hanya perlu bersatu dan mencabar undang-undang ini di Mahkamah.

al-Quran: al-Ankabut:41 Maksudnya: “...Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang sehabis-habis reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengatahuan…”;

Keputusan Mahkamah ini akan menjadikan undang-undang dan terdedah kepada orang awam (law report), serta mengakibatkan Pemimpin, Ulama, Sultan dan seluruh masyarakat terpaksa patuh. Oleh itu, hakim, magistret dan badan kehakiman mesti mendapatkan maklumat sebenar untuk mereka membuat keputusan yang betul. Jadi LANGKAH PERTAMA ialah bersatu dengan mendedahkan kebenaran (ilmu) ini kepada pihak yang yang terlibat di dalam undang-undang (termasuk ulama dan peguam) serta masyarakat keseluruhannya. Ini akan menjatuhkan kekuatan mereka yang kedua, iaitu Sistem Matawang.


Apabila masyarakat memahami situasi sebenar, sudah pasti mereka akan berjuang untuk kebenaran dan keluar dari agama Lucifer (Iblis). Maka kita perlu bantu sampaikan maklumat ini kepada semua blog dan hantarkan kepada pemerintah kita, ahli agama, hakim dan peguam, ahli politik, surat khabar, dan paling penting, kepada pelajar atau sesiapa sahaja.

Pelajar adalah tiang utama bagi gerakan menyedarkan kembali mereka yang tua berkarat akibat telah lama dibuai selesa berselimutkan bantal dan tilam orang kafir. Pelajar adalah golongan paling tidak berkepentingan, berbanding pihak atasan yang mengejar publisiti murahan, pangkat, duit rasuah dan riba serta pihak membuat pelbagai undang-undang zalim. Edarkan kepada pelajar-pelajar yang dapat membuat perubahan dalam sistem dan struktur pentadbiran negara seperti pelajar agama dan undang-undang. Sebelum itu, sedarkan para pelajar supaya tidak diperalatkan. Jiwa muda mereka yang cepat panas itu akan mudah diperdaya.

Tdakkah kita terfikir, siapakah sanggup menjadi manusia tidak berakal. Menyangkakan Allah akan memberikan laluan mudah untuk kita ke syurga sedangkan saudara Islam kita yang lain hidup sengsara? Siapakah yang berani menyangka kita akan mendapat ujian yang mudah di akhir zaman ini? Ujian mudah pada zaman kemunculan Dajjal? Banyak hadis menyatakan cabaran zaman ini adalah paling sukar dilalui.

Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda,
“…Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api…” (HR Tirmizi)

Beberapa nas berikut akan dapat menginsafkan kita dari melakukan pekerjaan sia-sia.

al-Quran: An-Nisaa:97 Maksudnya: “..Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali..”;

Hadis Rasulullah SAW, Hudhayfah ibn al-Yaman:

“…Orang biasa bertanya kepada Nabi tentang kebaikan, sedangkan saya bertanya tentang kejahatan, kerana saya bimbang kejahatan itu akan menimpa saya. Lalu saya berkata, ‘Wahai rasul Allah! Kami sebelum ini dalam keadaan kejahilan dan kejahatan, lalu Tuhan mendatangkan kebaikan kepada kami. Akan berlakukah kejahatan lagi selepas kebaikan ini?’‘Ya,’ jawab Nabi.‘Dan adakah kebaikan akan kembali lagi selepas kejahatan ini?’ saya bertanya. Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi ia bercampur-baur dengan kejahatan.’ ‘Apakah kejahatan itu?’ saya bertanya. Nabi menjawab, ‘Setengah orang akan mengikut selain daripada sunnahku dan akan memimpin mereka ke jalan lain daripada jalanku. Setengah perbuatan mereka baik, setengah jahat.’Saya bertanya, ‘Adakah akan wujud kejahatan lagi setelah kebaikan (campuran) ini?” Beliau menjawab, ‘Ya, pendakyah-pendakyah yang berdiri di pintu neraka; barangsiapa mendengar mereka kan mereka campakkan ke dalamnya.’ ‘Terangkanlah kepada kami sifat-sifat mereka, wahai rasul Allah!’ saya meminta. Nabi berkata, ‘Mereka dari bangsa kita dan bercakap bahasa kita.’Apakah perintahmu kepadaku jika aku berada di dalam keadaan itu?’ saya bertanya. Nabi berkata, ‘Ikutlah puak majoriti orang-orang Islam (ummah) dan pemimpin mereka (khalifah) .’ ‘Tetapi jika mereka tidak ada puak majoriti atau seorang pemimpin?’ saya bertanya.Nabi menjawab, ‘Jika demikian, tinggallah semua puak walau kamu terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kamu mati…’; (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “…Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt.Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”.Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya…”. (HR al-Baihaqi)

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; “…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada merekafitnah ini akan kembali…”. (HR al-Baihaqi)

al-Quran:al-Jaathiyah:23 Maksudnya: “…Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan ia puladisesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak mahu beringat dan insaf? …”;

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “…Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama (ulama sejati). Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. mereka sesat dan menyesatkan orang lain…” (HR Muslim)

Berdasarkan petunjuk tersebut kita dapat menilai diri sendiri sejauh mana kita berada pada jalan Allah dan meninggalkan larangannya. Kita wajar muhasabah diri sebelum masanya terlewat dan menjadi makanan musuh Allah.

Kita lihat pekerjaan yang telah mereka (musuh Allah) lakukan kepada kita selama ini di luar pengetahuan kita. Kita tinjau kembali sejauh mana kita telah terhasut untuk menjayakan rancangan mereka menguasai dunia. Tidak menjadi kesusahan bagi kita jika kita benar-benar berhasrat keluar dari sistem yang mereka sediakan.

MERDEKA tetapi masih dijajah

Knights Templar memberikan kemerdekaan mudah kepada kita kerana mereka keluar secara strategi. Apakah yang mereka kuasai? Mereka menggenggam kuasa memberikan hutang secara mencipta wang pinjaman dari atas angin!

Mereka berkuasa menjadikan kita semua hamba hutang dan hidup tertekan. Mereka melakukan perdayaan ini dengan menguasi sistem bank pusat seperti Bank Negara Malaysia. Mari kita lihat keraguan yang timbul dari Akta Bank Negara Malaysia:

Akta Bank Negara Malaysia 1958

Section 6. (1) The authorized capital of the Bank shall be two hundred million ringgit.

Section 6. (2) Twenty million ringgit of the authorized capital shall be subscribed and paid up by the Government on the establishment of the Bank.

(Catatan: Sejarah menunjukkan Knights Templar tidak membeli 80% saham dalam Federal Reserve Bank, tetapi menggunakan 20% saham kerajaan dan menggandakan ciptaan wang untuk mereka membeli bahagian 80%. Ini bermaksud mereka memiliki 80% secara percuma. Sila rujuk sejarah Federal Reserve Bank – The Money Master)

Berdasarkan undang-undang di atas, fakta didedahkan dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah:

(a) Bank Negara bukan badan kerajaan dan adalah syarikat persendirian kerana mempunyai saham sama seperti syarikat persendirian.

(b) Kerajaan menjadi pemegang saham miniroti (10%). Pemegang saham majoriti (90%) tidak dinyatakan (dirahsiakan). Rahsia dikuatkan dengan undang-undang rahsia (secrecy) ke atas segala aktiviti Bank Negara Malaysia.

(c) Bank Negara badan bukan kerajaan kerana kerajaan pemegang saham minoriti dan tidak pemilikan saham melebihi 51%.

(d) Bank Negara juga bukan badan kerajaan kerana kerajaan berhutang dengan Bank Negara. Apakah terjadi sekiranya kerajaan gagal membuat bayaran? Adakah ianya bermaksud BNM membankrupkan kerajaan Malaysia sendiri?

(e) Saham awal Bank Negara Malaysia RM200 juta, tetapi baru-baru ini BNM memberikan pinjaman berbillion kepada kerajaan. Dari manakah BNM mendapatkan wang sebegitu banyak? Apakah perniagaan BNM, dan jika BNM bank persendirian, kenapa BNM tidak membayar cukai seperti bank persendirian lainnya?

(f) Ekonomi dan nasib negara diletakkan dibawah kekuasaan pemegang saham majoriti tidak kita ketahui. Pemegang saham majoriti ini menentukan jumlah wang dalam aliran ekonomi (demand and supply, dan melalui kuasa menetapkan kadar BLR atau selainnya), dan menentukan setiap perkara kewangan negara kita.

Terdapat pelbagai peruntukan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang membuktikan ketidak munasabahan Bank Negara Malaysia, termasuklah peruntukan menyatakan perkara mengenai Bretton Wood Agreement dan peranan Bank Negara sebagai agen kepada International Monetary Funds. (Govenor pertama Bank Negara Malaysia – Tan Sri W H Wilcock (Jan 1959 – Jul 1962))

SIMBOL

Ini selanjutnya disokong logo Bank Negara difahamkan sebagai kijang atau “Barking Deer” (Muntjac). Persoalannya ialah adakah kijang berekor panjang? Bagaimana pula perbezaan ke atas tanduk dan telinga kijang ? Apakah pula maksud bulan dan matahari? Adakah sejarah kita dan sejarah logo bank negara tidak tercemar dan boleh dipercayai; Has history been tampered with?

Barking Deer atau Pharaoh Hound? Anubis, One the Ancient Egyptians' main gods. God of the Dead and Embalming.

Binatang dengan bentuk yang seperti kijang dalam logo Bank Negara tetapi mempunyai ekor yang panjang adalah anjing di sisi patung mesir purba yang dikenali sebagai Pharoah Hound atau Ibizan Hound (The Ibizan Hound.. is an agile, deer-like dog of the hound family). Selainnya, perhatikan juga perbezaan pada bentuk telinga, tanduk dan leher.

Simbol mesir purba turut terkandung dalam US Dollar, yang meletakkan simbol piramid pada wang mereka. Apakah kaitan tamadun Mesir dengan orang Amerika Syarikat? Ya!! Knights Templer, kerana mereka pengamal sihir dari tamadun arab dan mengamalkan agama menyembah Lucifer (Iblis).
Ejaan “MASON”

Knights Templer berkomunikasi melalui simbol kerana menyembah Iblis, dan Iblis hendak menandingi kekuasaan Allah SWT dengan memperbanyakkan tanda menunjukkan kekuasaanya di muka bumi, iaitu meniru tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang terdapat di langit, angkasa, hujan, gunung, semut, labah-labah dan sebagainya.

Perbezaan mudah ialah tanda kekuasaan Allah terjadi dari sesuatu yang tidak dapat ditiru manusia kerana dicipta dari yang tiada, manakala tanda-tanda Iblis adalah sekadar buatan daripada bahan yang telah Allah sediakan, sepertimana manusia mencipta kereta daripada besi, kasut daripada kulit haiwan dsbnya.

Selainnya dan antara rahsia terbaru didedahkan dan memerlukan siasatan kita ialah Amerika Syarikat bukan sebuah negara, tetapi syarikat persendirian. Menakjubkan sungguh permainan Knights Templar!

Persoalannya jika mereka boleh melakukan ke atas negara besar seperti Amerika Syarikat dan sebelum kita mendapat kemerdekaan, apakah kemunasabahan negara kita tidak menghadapi nasib sama? Apakah kemunasabahan negara kita terlepas dari perdayaan ini?

Mulakan muhasabah diri dan keluar dari papan catur THH.