Oktober 2011
no image
Kisah yang lebih menarik untuk membolehkan kita mendapat iktibar dan lebih berhati-hati mengenai status seorang sama ada dia itu Islam atau tidak, ialah kisah Usamah bin Zaid. Dalam satu peperangan, ketika Usamah bin Zaid hampir membunuh seorang kaum kafir, orang kafir tersebut mengucapkan kalimah syahadat, tetapi Usamah tetap sahaja menghayunkan pedangnya dan menyebabkan orang kafir ini mati.

Kisah ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan menyebabkan baginda memanggil Usamah dan menanyakan hal ini. Usamah menjawab: ''Ya Rasulullah, dia mengucapkan syahadat kerana takutnya (untuk melepaskan diri dan takut mati )''. Rasulullah dengan nada yang keras bersabda: ''Adakah kamu melihat ke dalam hatinya untuk mengetahuai bahawa apa dia berkata benar atau tidak.'' dan baginda juga bersabda: ''Bagaimana kamu akan menjawab pada hari pembalasan, jika syahadat yang diucapkan itu sebagai bukti ke atas kamu?''.
Usamah berkata apabila mendengar Rasulullah mengatakan hal itu: ''Aku berharap bahawa aku masuk Islam baru sesudah saat itu sehingga aku tidak berdosa atas apa-apa yang dituduhkan kepadaku'' (Riwayat Muslim).

Lihat betapa tegas Rasulullah s.a.w dalam hal ini, yang melarang seseorang Islam membunuh seseorang Islam yang lain, walaupun orang kafir itu hanya mengucapkan kalimah syahadat sewaktu hayunan pedang dihalakan ke arahnya.


Lebih menyayatkan hati isu ini juga menimpa ahlul bait iaitu cucu kesayangan Rasullulah, Hussein, para ulama Muawiyah telah mengeluarkan fatwa bahawa cucu Rasullulah sebagai murtad. Fatwa ini telah menyebabkan fatwa menghalalkan darah Hussein, yang dibunuh dalam keadaan yang mengerikan sehingga badan dan kepalanya terpisah dalam peristiwa di Karbala.

Lihatlah betapa isu mengkafirkan dan murtad menjadi senjata yang cukup jahat, sehingga ia mampu memisahkan badan dan kepala cucu kesayangan Rasulullah, cuba bayangkan bagaimana isu mengkafir ini mampu membinasakan kita yang hanya murid.

Adakah orang Melayu sanggup mengulangi kesilapan bangsa-bangsa Islam terdahulu?.
Allah s.w.t dan Rasullulah s.a.w memberi peringatan secara langsung dan tidak langsung untuk tidak menggunakan isu kafir-mengkafir sesama Islam.
Oleh itu, orang Melayu mesti menyemak dan rajin mencari ilmu dan banyak membaca serta membuat perbandingan dan jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan memekak telinga terhadap satu pihak yang lain.

Apa yang paling penting ialah jadikan al-Quran dan sunah Rasullulah s.a.w sebagai piawai utama dalam membuat perbandingan dan mencari kebenaran.

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

(Rujuk :
http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk :
http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

Sumber :
http://zul4kulim.blogspot.com/2011/10/syeikh-ali-jumah-saksi-hudud.html

Laman rasmi Mufti Syeikh Ali Jum'ah klik sini
http://www.aligomaa.net/

Antara penulisan dan juga Salasilah Guru beliau ( info Wikipedia ) :

His published works include in alphabetical order:

‘Alaqah Usul al-Fiqh bil al-Falsafah
Aliyat al-Ijtihad
Athr Dhihab al-Mahal fi al-Hukm
al-Bayan
al-Hukm al-Shar’i
al-Ijma’ ‘ind al-Usuliyyin
al-Imam al-Shafi’i wa Madrasatuhu al-Fiqhiyyah
al-Imam al-Bukhari
al-Kalim al-Tayyib vol. 1
al-Kalim al-Tayyib vol. 2
Mabahith al-Amr ‘ind al-Usuliyyin
al-Madkhal ila Darasah al-Madhahib al-Fiqhiyyah
al-Mar’ah fi al-Hadarah al-Islamiyyah
al-Mustalah al-Usuli wa al-Tatbiq ‘ala Tarif al-Qiyas
al-Nadhariyyat al-Usuliyyah wa Madkhal li Darasah ‘Ilm al-Usul
al-Naskh ‘ind al-Usuliyyin
Qadiyah Tajdid Usul al-Fiqh
al-Qiyas ‘ind al-Usuliyyin
al-Ru’yah wa Hujiyyatiha al-Usuliyyah
Simat al-Asr
Taqyid al-Mubah
al-Tariq ila al-Turath al-Islami

Teachers
His sheikhs and teachers include in alphebetical order:

‘Abd al-Hafidh al-Tijani
‘Abd al-Hakim ‘Abd al-Latif
‘Abd al-Hamid Mayhub
Ahmad Jabir al-Yamani
‘Abd al-Jalil al-Qaranshawi
Ahmad Hammadah al-Shafi’i
Ahmad Mursi
‘Ali Ahmad Mar’i
Hasan Ahmad Mar’i
al-Husayni Yusuf al-Shaykh
Ibrahim Abu al-Khashab
‘Iwad Allah al-Hijazi
‘Iwad al-Zabidi
Ismail Sadiq al-’Adwi
Ismail al-Zayn al-Yamani
Jad al-Haqq ‘Ali Jad al-Haqq
Jad al-Rabb Ramadan
Muhammad Abu Nur Zuhayr
Muhammad Alawi al-Maliki
Muhammad Ismail al-Hamadani
Muhammad Mahmud Farghali
Muhammad Shams al-Din al-Mantiqi
Muhammad Zaki Ibrahin
Sha’ban Muhammad Ismail
Said ‘Abd Allah al-Lajhi
al-Sayiid Salih ‘Iwad
Salih al-Ja’fari
Yasin al-Fidani


http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html
www.onislam.net


KUALA LUMPUR Okt. - "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini, hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Terdahulu ketika berucap pada forum tersebut, beliau berkata, pemimpin di negara Islam perlu berusaha menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyatnya bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara yang berterusan.

Katanya, di sesetengah negara Islam ketika ini, masih ada kerajaan yang tidak berusaha membuka peluang pekerjaan dan memulakan usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat mereka.

"Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan krisis di beberapa negara Islam ialah tidak ada peluang pekerjaan untuk rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka bangun memberontak.

"Bagaimanapun di negara ini, atas kesedaran dua Perdana Menteri yang awal, usaha telah mula dijalankan dengan pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti Felda. Semua itu merupakan usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kesan Krisis di Asia Barat dan Negara Afrika: Pengajaran Yang Boleh Diambil Negara Islam' sempena Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, jika sesebuah kerajaan itu sentiasa komited dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, ia akan memberi jaminan kepada kestabilan negara memandangkan rakyat tidak akan tertekan.

"Apabila ada kerja dan punca pendapatan, rakyat akan kurang berasa marah kepada kerajaan walaupun akan sentiasa ada usaha daripada pihak pembangkang supaya rakyat marah kepada kerajaan.

"Ini merupakan antara pengajaran yang boleh kita pelajari daripada krisis di negara yang rakyatnya bangun dan menggulingkan kerajaan," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, cabaran menguruskan negara demokrasi juga adalah besar dan ia tidak mudah seperti membuat janji dalam kempen pilihan raya.

"Membuat janji memang senang, sama seperti Barack Obama yang mengatakan mahu melepaskan tahanan Teluk Guatanamo selepas dua hari ambil alih kerajaan, tetapi sampai sekarang tahanan di situ belum dibebaskan," katanya.

Justeru menurutnya, para pemimpin di negara Islam yang lain perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di negara-negara tersebut dan tidak hanya membuat janji.

http://kedahkekl.blogspot.com/2011/10/panas-komen-tun-dr-mahathir-mengenai.html


MUHAMMAD MANUSIA AGUNG KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

BEGITU INDAHNYA SIFAT FIZIKAL BAGINDA, SEHINGGAKAN ORANG ULAMA YAHUDI YANG PADA PERTAMA KALINYA BERSUA MUKA DENGAN BAGINDA LANTAS MELAFAZKAN KEISLAMAN DAN MENGAKU AKAN KEBENARAN APA YANG DISAMPAIKAN OLEH BAGINDA. DI ANTARA KATA-KATA APRESIASI PARA SAHABAT IALAH :

- AKU BELUM PERNAH MELIHAT LELAKI YANG SEKACAK RASULULLAH SAW

- AKU MELIHAT CAHAYA DARI LIDAHNYA..

- SEANDAINYA KAMU MELIHAT BAGINDA, SEOLAH-OLAH KAMU MELIHAT
MATAHARI TERBIT. - RASULULLAH JAUH LEBIH CANTIK DARI SINARAN BULAN.

- RASULULLAH UMPAMA MATAHARI YANG BERSINAR.

- AKU BELUM PERNAH MELIHAT LELAKI SETAMPAN RASULULLAH.

- APABILA RASULULLAH BERASA GEMBIRA, WAJAHNYA BERCAHAYA SPT BULAN PURNAMA.

- KALI PERTAMA MEMANDANGNYA SUDAH PASTI AKAN TERPESONA.

- WAJAHNYA TIDAK BULAT TETAPI LEBIH CENDERUNG KEPADA BULAT.

- WAJAHNYA SEPERTI BULAN PURNAMA.

- DAHI BAGINDA LUAS, RAUT KENING TEBAL, TERPISAH DITENGAHNYA.

- URAT DARAH KELIHATAN DI ANTARA DUA KENING DAN NAMPAK SEMAKIN JELAS SEMASA MARAH.

- MATA BAGINDA HITAM,DENGAN BULU MATA YANG PANJANG.

- GARIS-GARIS MERAH DI BAHAGIAN PUTIH MATA, LUAS KELOPAKNYA, KEBIRUAN ASLI DI BAHAGIAN SUDUT.

- HIDUNGNYA AGAK MANCUNG, BERCAHAYA PENUH MISTERI, KELIHATAN LUAS SEKALI PERTAMA KALI MELIHATNYA.

- MULUT BAGINDA SEDERHANA LUAS DAN CANTIK.

- GIGINYA KECIL DAN BERCAHAYA, INDAH TERSUSUN, RENGGANG DI BAHAGIAN DEPAN.

- APABILA BERKATA-KATA, CAHAYA KELIHATAN MEMANCAR DARI GIGINYA.

- JANGGUTNYA PENUH DAN TEBAL MENAWAN.

- LEHERNYA KECIL DAN PANJANG, TERBENTUK DENGAN CANTIK SEPERTI ARCA WARNA LEHERNYA PUTIH SEPERTI PERAK SANGAT INDAH.

- KEPALANYA BESAR TAPI TERLALU ELOK BENTUKNYA.

- RAMBUTNYA SEDIKIT IKAL.

- RAMBUTNYA TEBAL KDG-KDG MENYENTUH PANGKAL TELINGA DAN KDG-KDG MENCECAH BAHU TAPI DISISIR RAPI.

- RAMBUTNYA TERBELAH DI TENGAH.

- DI TUBUHNYA TIDAK BANYAK RAMBUT KECUALI SATU GARISAN RAMBUT MENGANJUR DARI DADA KE PUSAT.

- DADANYA BIDANG DAN SELARAS DGN PERUT. LUAS BIDANG ANTARA KEDUA BAHUNYA LEBIH DRPD BIASA.

- SEIMBANG ANTARA KEDUA BAHUNYA.

- PERGELANGAN TANGANNYA LEBAR, LEBAR TAPAK TANGANNYA, JARINYA JUGA BESAR DAN TERSUSUN DGN CANTIK.

- TAPAK TANGANNYA BAGAIKAN SUTERA YANG LEMBUT.

- PERUT BETISNYA TIDAK LEMBUT TETAPI CANTIK. KAKINYA BERISI TAPAK KAKINYA TERLALU LICIN SEHINGGA TIDAK MELEKAT AIR.

- TERLALU SEDIKIT DAGING DI BAHAGIAN TUMIT KAKINYA.

- WARNA KULITNYA TIDAK PUTIH SPT KAPUR ATAU COKLAT TAPI CAMPURAN COKLAT DAN PUTIH.

- WARNA PUTIHNYA LEBIH BANYAK.

- WARNA KULIT BAGINDA PUTIH KEMERAH-MERAHAN.

- WARNA KULITNYA PUTIH TAPI SIHAT.

- KULITNYA PUTIH LAGI BERCAHAYA.

- BINAAN BADANNYA SEMPURNA, TULANG-TEMULANGNYA BESAR DAN KUKUH.

- BADANNYA TIDAK GEMUK.

- BADANNYA TIDAK TINGGI DAN TIDAK PULA RENDAH, KECIL TAPI BERUKURAN SEDERHANA LAGI KACAK.

- PERUTNYA TIDAK BUNCIT.

- BADANNYA CENDERUNG KEPADA TINGGI,SEMASA BERADA DI KALANGAN ORG RAMAI BAGINDA KELIHATAN LEBIH TINGGI DRPD MEREKA.

KESIMPULANNYA :
NABI MUHAMMAD SA.W ADALAH MANUSIA AGUNG YANG IDEAL DAN SEBAIK-BAIK CONTOH SEPANJANG ZAMAN. SEMULIA-MULIA INSAN DI DUNIA...UNTUK MENGINGATKAN KITA.. TIBA-TIBA DARI

LUAR PINTU TERDENGAR SEORANG YANG BERSERU MENGUCAPKAN SALAM. "BOLEHKAH SAYA MASUK?" TANYANYA. TAPI FATIMAH TIDAK MENGIZINKANNYA MASUK, "MAAFKANLAH, AYAHKU SEDANG DEMAM," KATA FATIMAH YANG MEMBALIKKAN BADAN

DAN MENUTUP PINTU. KEMUDIAN IA KEMBALI MENEMANI AYAHNYA YANG TERNYATA SUDAH MEMBUKA MATA DAN BERTANYA PADA FATIMAH, SIAPAKAH ITU WAHAI ANAKKU?"."TAK TAHULAH AYAHKU, ORANG SEPERTINYA BARU SEKALI INI AKU MELIHATNYA," TUTUR FATIMAH LEMBUT. LALU, RASULULLAH MENATAP PUTERINYA
ITU DENGAN PANDANGAN YANG MENGGETARKAN. SEOLAH-OLAH BAHAGIAN DEMI BAHAGIAN WAJAH ANAKNYA ITU

HENDAK DIKENANG. "KETAHUILAH, DIALAH YANG MENGHAPUSKAN KENIKMATAN SEMENTARA, DIALAH YANG MEMISAHKAN PERTEMUAN DI DUNIA. DIALAH MALAIKATUL MAUT," KATA RASULULLAH, FATIMAH PUN MENAHAN LEDAKAN TANGISNYA.

MALAIKAT MAUT DATANG MENGHAMPIRI, TAPI RASULULLAH MENANYAKAN KENAPA JIBRIL TIDAK IKUT BERSAMA MENYERTAINYA. KEMUDIAN DIPANGGILLAH JIBRIL YANG SEBELUMNYA SUDAH BERSIAP DI ATAS LANGIT DUNIA MENYAMBUT RUH KEKASIH ALLAH DAN PENGHULU DUNIA INI. "JIBRIL, JELASKAN APA HAKKU NANTI DI HADAPAN ALLAH?" TANYA RASULULLLAH DENGAN SUARA YANG AMAT LEMAH. "PINTU-PINTU LANGIT TELAH TERBUKA, PARA MALAIKAT TELAH MENANTI ROHMU. SEMUA SURGA TERBUKA LEBAR MENANTI KEDATANGANMU, " KATA JIBRIL.

TAPI ITU TERNYATA TIDAK MEMBUATKAN RASULULLAH LEGA, MATANYA MASIH PENUH KECEMASAN.

"ENGKAU TIDAK SENANG MENDENGAR KHABAR INI?" TANYA JIBRIL LAGI. "KHABARKAN KEPADAKU BAGAIMANA NASIB UMATKU KELAK?" JANGAN
KHAWATIR,

WAHAI RASUL ALLAH, AKU PERNAH MENDENGAR ALLAH BERFIRMAN KEPADAKU: 'KUHARAMKAN SURGA BAGI SIAPA SAJA, KECUALI UMAT MUHAMMAD TELAH BERADA DI DALAMNYA," KATA JIBRIL. DETIK-DETIK SEMAKIN DEKAT, SAATNYA IZRAIL MELAKUKAN TUGAS.

PERLAHAN RUH RASULULLAH DITARIK. NAMPAK SELURUH TUBUH RASULULLAH BERSIMBAH PELUH, URAT-URAT LEHERNYA MENEGANG."JIBRIL, BETAPA SAKIT SAKARATUL MAUT INI."

PERLAHAN RASULULLAH MENGADUH. FATIMAH TERPEJAM, ALI YANG DI SAMPINGNYA MENUNDUK SEMAKIN DALAM DAN JIBRIL MEMALINGKAN MUKA. "JIJIKKAH KAU MELIHATKU, HINGGA KAU PALINGKAN WAJAHMU JIBRIL?" TANYA RASULULLAH PADA MALAIKAT PENGANTAR WAHYU ITU. "SIAPAKAH YANG SANGGUP, MELIHAT KEKASIH ALLAH DIRENGGUT AJAL," KATA JIBRIL. SEBENTAR

KEMUDIAN TERDENGAR RASULULLAH MENGADUH, KARENA SAKIT YANG TIDAK TERTAHANKAN LAGI. "YA ALLAH, DAHSYAT NIAN MAUT INI, TIMPAKAN SAJA SEMUA SIKSA MAUT INI KEPADAKU, JANGAN PADA UMATKU. "BADAN RASULULLAH MULAI DINGIN, KAKI DAN DADANYA SUDAH TIDAK BERGERAK LAGI.

BIBIRNYA BERGETAR SEAKAN HENDAK MEMBISIKKAN SESUATU, ALI SEGERA MENDEKATKAN TELINGANYA. "UUSHIIKUM BIS-SHALAATI, WAMAA MALAKAT AIMAANUKUM - PELIHARALAH SHALAT DAN PELIHARALAH ORANG-ORANG LEMAH DI ANTARAMU." DI LUAR, PINTU TANGIS MULAI TERDENGAR BERSAHUTAN, SAHABAT SALING BERPELUKAN. FATIMAH MENUTUPKAN TANGAN DI WAJAHNYA, DAN ALI KEMBALI MENDEKATKAN TELINGANYA KE BIBIR RASULULLAH YANG MULAI KEBIRUAN. "UMMATII, UMMATII, UMMATIII!" - "UMATKU, UMATKU, UMATKU"

DAN, BERAKHIRLAH HIDUP MANUSIA MULIA YANG MEMBERI SINARAN ITU. KINI, MAMPUKAH KITA MENCINTAI SEPERTINYA?

ALLAAHUMMA SHOLLI 'ALAA MUHAMMAD WA'ALAIHI WASAHBIHI WASALLIM. BETAPA CINTANYA RASULULLAH KEPADA KITA


KIYAI SALLEH – TOKOH PEJUANG YANG MENENTANG KOMUNIS DI MUAR DAN BATU PAHAT, JOHOR

DITAKDIRKAN ALLAH, KAMI TELAH DIBERI PENERANGAN OLEH SAMINYA SENDIRI YANG DATANG KEPADA KAMI SETELAH MELIHAT KAMI MELAWAT BERHALANYA. PAKAIAN SAMI ITU BERWARNA PUTIH.

MENURUT TOK SAMI ITU KETINGGIAN BERHALA INI MENYAMAI 12 TINGKAT BANGUNAN. KETINGGIANNYA MELEBIHI 100 KAKI DAN DILETAKKAN SECARA BERDIRI. BERHALA INI DIBINA BETUL-BETUL BERTENTANGAN DENGAN KIBLAT SOLAT.

MENURUT SAMI ITU LAGI KERAJAAN NEGERI SENDIRI TELAH MELULUSKAN PROJEK ITU DAN TELAH MEMBERI SUMBANGAN SEBANYAK RM60 RIBU RINGGIT MELALUI WAKILNYA DATUK ANUAR TAN. KAMI TERKESIMA MENGAPA DENGAN MUDAH PERUNTUKAN DIBERIKAN UNTUK MEMBINA BERHALA, SEDANGKAN NABI ALLAH IBRAHIM SENDIRI DENGAN KUDRAT BAGINDA MEMUSNAHKAN BERHALA.

TOK SAMI ITU MEMBERITAHU, BAHAWA PELANCARAN PERASMIAN TOKONG BUDDHA ITU AKAN DISEMPURNAKAN OLEH TG NIK AZIZ SENDIRI PADA 6 JUN 2009.

- LJ

MANEK URAI :PAS: LUAHAN HATI ANAK MUDA

SALAM DARIPADA SAYA, PEMILIK BLOG INI. SAYA ADA MENERIMA LUAH HATI DARIPADA SEORANG TETAMU YANG MENAMAKAN DIRINYA SEBAGAI ANONYMOUS. SETELAH MEMBACANYA, SAYA TERGERAK UNTUK MEMAPARKAN ARTIKEL INI KEPADA PEMBACA SETIA BLOG SAYA. SAYA RASA, IA WAJAR DIAMBIL IKTIBAR MENGENAI APA YANG DILALUI SAUDARA KITA INI. SELAMAT MEMBACA.

OLEH: ANONYMOUS

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT


http://www.pisau.net/2009/06/manek-urai-pas-luahan-hati-anak-muda.html#ixzz1aNjjUB4C


Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji dam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau “Kiai Salleh” atau “Panglima Salleh Selempang Merah” merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.

Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Muar dan Batu Pahat, tokoh itu bangun ‘mengamuk’ menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.

Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan ‘Tentera Selempang Merah’ yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati.

Apa yang mengagumkan adalah Panglima Salleh sanggup ‘turun padang’ untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis dan bukan sekadar memberi arahan atau memerintah , beliau tidak takut mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawanya sendiri demi membela agama dan bangsa.

“Riwayat hidup Panglima Salleh bermula apabila beliau dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar pada 1916,” beliau seterusnya memulakan kisah perjuangan Panglima Salleh menentang komunis demi membela agama, bangsa dan negara.
Keperwiraan Salleh mula diasuh sejak kecil apabila beliau mula menuntut ilmu kepahlawanan daripada beberapa pendekar di Pagoh antaranya Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad ketika beliau berusia 13 tahun.

Ketika usia mudanya itu, beliau dikenali sebagai seorang yang agak ‘nakal’. Ada cakap-cakap mengatakan dia pernah mencuri, bagaimanapun dia menyara hidup dengan menjadi peraih yang mengutip tanaman penduduk kampung untuk dijual di Batu Pahat.
Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupannya lalu beliau berpindah ke Seri Medan yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak.

Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.
Berikutan itu, Salleh dipercayai menerima pelawaan PKM supaya menyertai pihak itu dan beliau diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Salleh juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM.

Bagaimanapun, Salleh tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya beliau bertindak seumpama ‘Robin Hood’ apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin.

Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan pada suatu malam, segerombolan komunis bertindak mengepung rumah Salleh. Bagaimanapun, ketika menyerbu masuk, mereka gagal menemui kelibat Salleh walaupun dia memang berada di dalam rumah berkenaan.

Mereka mengulangi serbuan selama tujuh malam berturut-turut tetapi masih gagal. Berang dengan kelicikan Salleh menyebabkan komunis memasukkan pemuda itu dalam senarai ‘bertanam ubi’ iaitu istilah bagi mereka yang akan dihukum bunuh oleh komunis.

Ketika itu PKM mula menunjukkan ‘wajah’ sebenar mereka. Berita kehilangan penduduk Mukim Empat secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi. Selepas seorang, seorang lagi penduduk dilaporkan hilang secara misteri.

Penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada suku Banjar dan Jawa mula percaya yang kehilangan saudara mereka adalah angkara komunis berikutan mereka enggan tunduk kepada perintah dan arahan pihak terbabit.

Pihak komunis pula mengesyaki penduduk Mukim Empat berpakat dengan tentera Jepun untuk memerangi mereka menyebabkan mereka mula menangkap penduduk yang disyaki seterusnya dihukum bunuh.

Kemelut itu akhirnya menyebabkan penduduk tempatan mula menubuhkan ‘Persatuan Muhammadiah’ dalam usaha menentang komunis. Penduduk juga mula bangkit membela diri dan pembunuhan balas antara komunis dengan penduduk Mukim Empat semakin memuncak.

Ketika tentera Jepun di ambang kekalahan, komunis semakin bermaharajalela di Johor. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.
Pertemuan Salleh dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri pada petang 4 April 1945 akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam sanubarinya.

Kesedaran tulus itu menyebabkan Salleh mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggang, berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali.

Penyertaan Salleh dalam penentangan terhadap komunis menyebabkan namanya dicalonkan Haji Kadri supaya memimpin Persatuan Muhammadiah selepas pemimpin sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri.

Walaupun pada mulanya ada ahli tidak bersetuju dengan pencalonan Salleh berikutan ‘kenakalan’ tokoh itu ketika muda, akhirnya semua ahli akur untuk menerima Salleh sebagai pemimpin persatuan itu.

Ini berikutan Salleh dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah sikap gagah berani tokoh itu dilihat amat sesuai untuk mengepalai pasukan perang menentang komunis.

Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.

Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar ‘Tentera Selempang Merah’. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Muar dan Batu Pahat.
Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.

Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.

Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis.
Lalu pada 15 September 1945, pada satu pertemuan di Tangkak, Muar, akhirnya pemimpin PKM dan Salleh akur untuk mengadakan perdamaian selepas tiga hari berbincang.

Bagaimanapun, perjanjian damai itu akhirnya dikhianati komunis apabila mereka terus melakukan angkara dan membunuh kejam penduduk tempatan terutama apabila Jepun menyerah kalah.

Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan Salleh dan beliau kembali mengumpul pasukan Tentera Selempang Merahnya untuk kembali menentang komunis Bintang Tiga itu. Serangan berterusan dan semakin ramai komunis yang maut di tangan pahlawan itu.

Jasa Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran ‘Panglima’ kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.

Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.

Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.

Komunis terkejut tubuh tak lut peluru
SELAIN semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang begitu membara, kehebatan Panglima Salleh dipercayai terletak pada kekuatan ilmu batin yang dikuasainya sehingga menyebabkan ramai komunis takut untuk berhadapan dengan tokoh itu.

Pengkaji yang juga penulis novel sejarah, Zaharah Nawawi, berkata berdasarkan kajiannya mengenai sejarah hidup dan perjuangan Panglima Salleh, ramai kenalan atau pihak yang mengenali tokoh itu menceritakan bahawa kekuatan ilmu batinnya menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa perkara luar biasa.

“Mengikut cerita, beliau boleh menjelma seperti kucing, menyelinap masuk ke dalam rumah daripada celah lubang yang kecil malah boleh mengghaibkan dirinya.

“Bagaimanapun, beliau menggunakan ilmu batin yang dikuasainya ke arah kebaikan iaitu dengan memerangi komunis,” katanya yang mengabadikan kisah perjuangan Panglima Salleh dalam novelnya ‘Panglima Salleh Selempang Merah’ yang diterbitkan pada 1988.

Zaharah berkata, kehebatan ilmu batin Panglima Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran.

“Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja.

“Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri,” katanya.

Katanya, antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.

Pasukan Panglima Salleh juga dikatakan menggempur komunis dengan menggunakan senjata tradisional seperti parang dan tombak walaupun pengganas itu menggunakan senjata api.

Panglima Salleh sendiri memiliki sebilah pedang luar biasa yang diperoleh beliau di Kampung Tebing Tinggi. Pedang istimewa warisan pusaka Raja Riau itu diberikan seorang lelaki bernama Taib sebagai bayaran tukaran kepada segantang beras yang ingin dibeli Taib daripada Salleh. Pedang itu dikatakan mampu memberi tujuh kesan cantas dengan sekali libasan.

Zaharah berkata, tubuh fizikal Panglima Salleh hanyalah kecil tetapi semangat dan keberaniannya menyebabkan beliau tidak gentar menentang komunis malah turut sama menyertai pertempuran. Panglima Salleh juga dikatakan memiliki kebolehan melentur besi.

Sebelum turun untuk memerangi komunis, Panglima Salleh akan melakukan amal ibadat tertentu antaranya berpuasa, berzikir serta mengamalkan bacaan wirid tertentu malah kaedah persediaan serupa turut dilakukan pengikutnya.

“Sebelum bertempur, Panglima Salleh akan memilih pengikut berasingan mengikut kampung, beliau akan memilih pengikut yang tidak terlalu tua atau terlalu muda dan akan menepuk bahu bagi menguji tahap keberanian pengikut yang ingin menyertainya berperang.

“Selepas itu beliau akan menyuruh pengikut terbabit berkumpul di rumahnya untuk melakukan persediaan dengan beramal ibadat, solat hajat dan menikmati jamuan,” katanya.

Seterusnya semua pengikut terbabit akan meminum air dari tempayan yang dijampi Panglima Salleh malah beliau akan memberi secebis kain merah kepada setiap daripada mereka. Dan semenjak itu ada yang mengatakan bahawa Panglima Salleh tidak lagi kebal tetapi masih dilindungi allah semasa berperang.

http://resam-melayu.com/2009/12/kiyai-salleh-tokoh-pejuang-yang-menentang-komunis-di-muar-dan-batu-pahat-johor.html

LAMBAT BALIK MALAM INI SEBAB BERSEMBANG DENGAN RAMAI KAWAN-KAWAN SURAU WAK. WAK TERKEJUT MALAM INI SEBAB ADA SEORANG KAWAN WAK MENANGIS. DIA YANG MERUPAKAN AJK TERTINGGI PAS DI KAWASAN WAK MENANGIS MENGENANGKAN PERJUANGAN PAS HARI INI. DIA MENCERITAKAN KEPADA KAMI MALAM INI YANG DIA AMAT KECEWA DENGAN PAS DAN MERASA TERTIPU DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS HARI INI. DIA MERASAKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS HARI INI HANYA MENGEJAR PANGKAT DUNIA DAN HARTA DUNIA SEHINGGA MENINGGALKAN MATLAMAT PERJUANGAN PARTI PAS. DIA KATA DIA MULA SEDAR DAN TERSENTAK APABILA DIA MEMBACA ARTIKEL D BLOG YB ZULKIFLI NORDIN TENTANG PENIPUAN OLEH PEMIMPIN PAS TERHADAP AHLI BAWAHAN SEPERTI DIA.

WAK TAK PUAS HATI, BALIK DARI SURAU TERUS WAK BUKAK LAPTOP DAN BUKA BLOG YB ZULKIFLI NORDIN. DI SINI WAK SIARKAN KEMBALI APA YANG DITULIS OLEH YB ZUL UNTUK RENUNGAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA KHUSUSNYA AHLI PAS. SEMOGA MEREKA DI BUKAKAN PINTU HATI SEPERTI RAKAN WAK ITU UNTUK MENERIMA HAKIKAT DAN KEBENARAN.

Salam 2 all.

Saya yakin ramai ahli akar umbi PAS tidak tahu bahawa Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat memperuntukkan bahawa menjadi dasar Pakatan Rakyat jika memerintah tidak akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, dan tidak akan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta’zir). Malahan Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular yang sedia ada!!

Saya percaya atas kesedaran itulah maka YAB Tok Guru Nik Aziz membuat kenyataan baru-baru ini mendesak supaya Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang hudud, qisas & ta’zir (dan menubuhkan negara Islam) jika Pakatan Rakyat memerintah. Tetapi kenyataan Tok Guru itu ditentang dan disangkal oleh pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Dr. Dzulkifly Ahmad, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain. Sehingga satu Kenyataan Bersama dikeluarkan minggu lepas memperkukuhkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat menolak penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!

Sebab itu saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada YAB Tok Guru Nik Aziz yang menuntut supaya Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang jenayah Islam (hudud, qisas & ta’zir) jika diberi kuasa memerintah Kerajaan Persekutuan. Desakan Tok Guru disokong oleh YB Setiausaha Agong PAS Dato’ Mustafa Ali dan Ketua Pemuda Sdr Nasharuddin Hassan Tantawi.

Saya angkat tabik hormat kepada Tok Guru kerana istiqomah dan konsisten dalam perlaksanaan undang-undang jenayah Islam ini, termasuk pendirian mahu menubuhkan negara Islam dan menolak Perlembagaan sekular negara ini. Malahan pendirian tegas inilah yang menyebabkan PAS menolak UMNO. Dan pendirian inilah yang membezakan PAS dengan UMNO. Jika bukan kerana penubuhan negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & ta’zir, tiada bezanya PAS dengan UMNO.

Malahan itu antara sebab utama orang Melayu tertarik dengan PAS, kerana cita-cita untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta’zir. Saya sendiri menyertai PAS dahulu kerana pendirian tegas ini. Daripada menjadi ahli biasa, kemudian menjadi ahli jawatankuasa Lujnah Kebajikan PAS Pusat, kepada AJK PAS Perhubungan Wilayah Persekutuan, memegang jawatan YDP PAS Kawasan BTR, sehingga ke jawatan Pengerusi Tetap PAS Kawasan. Begitulah sejarah saya dengan PAS.

Dan itu semua antaranya kerana keyakinan saya kepada pendirian PAS mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam dan menubuhkan sebuah negara Islam, dan menolak Perlembagaan sekular negara ini. Malah saya masih istiqomah dengan perjuangan ini. Sebab itu saya satu-satunya Ahli Parlimen yang konsisten mengemukakan usul kepada Parlimen dalam tiap sidang supaya undang-undang Islam dilaksanakan, dan Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk mendaulat dan memartabatkan Islam (sila lihat kepada Hansard Parlimen ke 12 ini).

Dan itulah yang dibuktikan oleh PAS bila ia memenangi Terengganu pada tahun 1999. PAS telah menggubal Enakmen Hudud, Qisas & Ta’zir sebaik sahaja menguasai Dewan Undangan Negeri Terengganu. Kerajaan PAS Kelantan juga telah menggubal enakmen yang sama. Dan siapa yang mencabar PAS dengan menyaman PAS di Mahkamah, memohon Mahkamah membatalkan Enakmen-enakmen tersebut; yup..Zaid Ibrahim..pemimpin PKR sekarang yang dibantu bertungkus lumus oleh PAS dalam PRK Hulun Selangor!

Cuma satu persoalan besar yang ingin saya kemukakan kepada ahli akar umbi PAS, adakah mereka sedar bahawa kerjasama diantara PAS-PKR-DAP untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat terikat kepada satu perjanjian: iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan hudud, qisas & ta’zir jika memerintah; melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat; dan penubuhan sebuah negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat!! Malahan, Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang sekular saperti yang sedia ada.

Dan adakah ahli akar umbi PAS sedar, bahawa Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR membuat kenyataan bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam jika Pakatan memerintah hanyalah mimpi PAS; mimpi kerana katanya PAS tidak akan dapat melaksanakannya bersama dengan Pakatan, kerana kerusi PAS didalam Parlimen tidak cukup untuk berbuat sedemikian! Zaid kata PAS bermimpi untuk melaksanakan hudud, nak menubuhkan negara Islam!
Dan ahli akar umbi PAS perlu sedar bahawa Zaid Ibrahim inilah orangnya yang memfailkan saman di Mahkamah untuk membatalkan Enakmen Hudud, Qisas & Ta’zir yang digubal oleh Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999! Dan inilah orangnya yang PAS bantu bertungkus lumus dalam PRK Hulu Selangor bulan April 2010 lepas!
Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama Pakatan Rakyat. Itu hanya mimpi PAS, kata pemimpin Pakatan! Mimpi yang PAS tidak akan dapat capai selagi dengan Pakatan!

Saya percaya ramai ahli akar umbi PAS tidak tahu bahawa undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, dan negara Islam tidak akan ditubuhkan, dan Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika Pakatan Rakyat yang memerintah.
Saya yakin dan percaya ahli akar umbi PAS kebanyakannya memang ikhlas bersama PAS kerana percaya kepada perjuangan PAS mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta’zir. Mereka sanggup berderma jihad, bersengkang mata mengahdiri ceramah tiap malam, menumpahkan keringat & meninggalkan anak isteri untuk bersama menampal poster pilihanraya. Ada isteri yang meninggalkan suami dan anak-anak dirumah demi perjuangan ikhlas ini.

Malahan ada yang sudah terkorban syahid kerana mempertahankan dan memperjuangkan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam yang menajdi cita-cita PAS. Semasa membuat kes Al Ma’unah, saya membaca tuntutan yang dikemukakan oleh mereka semasa dikepung oleh pasukan keselamatan. Mereka menuntut penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Dan 100% mereka adalah ahli PAS, khususnya dari Unit ‘Amal PAS. Dan kini 4 daripada mereka sudah membayar harga perjuangan mereka ditali gantung, 19 lagi sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Semua itu kerana keyakinan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan ikhlas PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan saya yakin para ulama dan ahli akar umbi PAS masih berpegang kepada cita-cita dan perjuangan murni itu.

Namun saya percaya ramai ahli akar umbi PAS sebenarnya tidak tahu bahawa persekongkolan PAS dengan DAP-PKR didalam Pakatan Rakyat bermakna perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan sekular telah diketepikan. Ia tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memerintah. Ia hanyalah mimpi PAS kata pemimpin PR!
Kalau tidak percaya, cuba tanya golongan Anwarinas didalam PAS. Atau cuba tanya Anwar Ibrahim sendiri. Ya saya tahu mereka akan jawab ini agenda UMNO dan BN untuk memecah belahkan Pakatan. Ini cubaan jahat mereka kerana takut hilang kuasa. Mereka akan kata ini usaha jahat UMNO meniupkan sentimen agama dan perkauman. Mereka akan kata ini cubaan UMNO untuk menutup isu lain, isu rasuah, isu itu dan isu ini. Dan saya tidak hairan jika mereka akan membuat kelentong biasa; nanti kita memerintah kita tahu lah nak buat apa. Ini lagu basi yang selalu dibohongkan kepada kita.

Sedarlah sahabat dan rakan didalam PAS. Isu ini tidak ada kena mengena dengan orang lain; samada UMNO, BN, atau lain-lain pihak. Ini adalah perjanjian yang dipersetujui diantara PAS-DAP-PKR. Perjanjian itu dideraf dan ditaip oleh Pakatan sendiri. Takkanlah UMNO atau BN yang membuat perjanjian untuk dipersetujui noleh PAS-DAP-PKR. Kecualilah kalau ada orang yang begitu bodoh mahu mempercayai pembohongan ini!

Perjanjian untuk tidak menubuhkan negara Islam, tidak melaksanakan hudud, qisas & ta’zir dan menerima Perlembagaan sekular jika Pakatan Rakyat memerintah adalah persetujuan bersama diantara PAS-DAP-PKR. Ini disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim, Dr. Dzulkfly Ahmad, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim dan lain-lain pemimpin Pakatan didalam kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini. Jangalah kita termakan racun pembohongan yang menuduh orang lain. Jika tidak percaya, tanya sendiri dengan mereka.

Saya berasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini kerana saya masih punya ramai sahabat dan rakan didalam PAS yang masih yakin dan percaya bahawa jika menang dalam pilihanraya akan datang, negara Islam akan ditubuhkan dan undang-undang Islam akan dilaksanakan. Mereka tidak tahu bahawa mereka sudah diperdaya dan dibohongi, dan yang saya paling khuatir; bila berhadapan dengan ALLAH di akhirat nanti, baru mereka terkejut bahawa sebenarnya penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam bukan dasar Pakatan Rakyat. Bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam jika memerintah. Itu adalah dasar yang sudah dipersetujui bersama. Bahawa Perlembagaan Persekutuan saperti yang sedia ada akan terus dipertahankan dan di amalkan!

Sedangkan berpuluh tahun ahli PAS menentang UMNO, malah sehingga mengkafirkan UMNO, kerana didakwa tidak mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta’zir. Sehingga muncul Amanat Hj Hadi, yang jelas menyatakan penentangan terhadap UMNO bukan kerana namanya, tetapi kerana Perlembagaan sekular yang didakwa dipertahankan UMNO, kerana kononnya keengganan UMNO melaksanakan hudud, qisas & ta’zir; kononnya kerana UMNO didakwa tidak mahu menubuhkan negara Islam!

Tetapi sekarang, Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat jelas membuktikan melalui dokumen bahawa penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam bukan dasar kerajaan Pakatan Rakyat jika memerintah. Perjanjian bersama itu juga jelas memperuntukkan Perlembagaan sekular yang ditentang sangat oleh PAS itu akan terus dipertahankan dan diamalkan.

Jadi persoalannya, apa beza pendirian PAS dengan UMNO yang ditentang sejak dulu, kini dan selamanya itu? Dan persoalan lanjut yang perlu kita tanya, mengapa bersekongkol dengan DAP/ PKR untuk tidak menubuhkan negara Islam dan tidak melaksanakan undang-undang Islam halal pada PAS; tetapi duduk berbincang dengan UMNO dalam isu Islam dan umat Islam menjadi haram?

Sebab itu sebelum nasi menjadi bubur, sebelum menangis air mata darah pun tidak memberi apa-apa makna, saya sekali lagi, atas nama ALLAH dan lafaz bismillah, menyeru saudara dan sahabat didalam PAS, kembalilah kepada perjuangan asal; iaitu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan landaskan perjungan itu dengan niat ikhlas kerana ALLAH semata-mata.

Saya menyeru ahli akar umbi PAS supaya mufaraqah lah daripada persekongkolan sia-sia dengan DAP/PKR ini. Mereka tidak ada cita-cita lain selain daripada ingin menawan Putrajaya dan menjadi kerajaan; demi memenuhi nafsu untuk menjadi Perdana Menteri sahaja. Jangan kita terpedaya dengan mainan politik murahan dan jijik ini. Islam itu mulia, dan Islam yang memuliakan kita. Islam itu tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam. Jangan kita letak diri kita ke lembah yang hina jauh daripada Islam. Janganlah kita bersekongkol dengan kafir harbi untuk memenuhi nafsu mereka sehingga kita sendiri jatuh tersungkur dipintu neraka!

Memang kalau mengikut ukuruan duniawi, perjuangan bersendirian tanpa bersekongkol dengan DAP/PKR ini kelihatan saperti mustahil bagi PAS. Tetapi percayalah dengan kuasa ALLAH. Lihatlah sirah Nabawi, jumlah yang sedikit akan sentiasa dimenangkan oleh ALLAH, selagi kita menepati ciri dan sifat untuk menerima nasrullah, bantuan ALLAH.

Sempena menyambut kemerdekaan negara ke 53 esok, marilah kita berjuang memerdekakan negara ini daripada segala amalan syirik, kufur dan sekular. Marilah kita perjuangkan penubuhan negara Islam, perlaksanaan undang-undang Islam. Marilah kita merdekakan negara kita daripada Perlembagaan sekular kepada Perlembagaan yang diterima dan diredhoi ALLAH! Itulah kemerdekaan sebenarnya bagi Islam dan umat Islam!

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Yang baik itu semuanya daripada ALLAH, yang tidak itu daripada kelemahan saya sendiri.

Wassalam.

http://wakkontol.wordpress.com/2010/09/01/64/