Selasa, 26 Ogos 2014

KERUSI PENGKALAN KUBOR MILIK SIAPA?


Hangat di perkatakan sekarang ini selepas Adun dari Barisan Nasional Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Beliau menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail dengan majorities 1736 undi.

Setelah berita kematian Allahyarham tersebar, pihak dari PAS telah meletakkan hasrat untuk meletakkan calon berikutan kerusi tersebut selalu terlepas apabila PRK meletak calon mereka.

(Sejam selepas berita kematianAdun dari BN, macai PAS dah mula letak calon)

Kini desas desus mengatakan PKR akan mempertahankan kerusi mereka berdasarkan mengikut perjanjian pembahagian kerusi pada PRU13 yang lepas. Namun begitu, dengar khbar angin bahawa Nik Aziz telah menyatakan hasrat untuk meletakkan calon PAS berikutan kekalahan PKR yang selalu gagal untuk memenangi kerusi Dun tersebut semenjak di pertandingkan, kini di percayai PAS sedang mengemukakan sebab-sebab yang PAS percaya mereka layak untuk mengambil alih untuk meletak kan calon mereka yang di percayai lebih layak dari PKR

Sekarang menjadi persoalan masing-masing


  1. SIAPA BAKAL MENDUDUKI KERUSI SEBAGAI CALON PRNGKALAN KUBUR MEWAKILI PAKATAN RAKYAT?

Selasa, 19 Ogos 2014

KEHEBATAN DAP YANG TAK ADA PADA BN YANG MENJADI TANGKAL KENAPAPAS "CAIR" DENGAN DAP (Mohon terima hakikat, ni nasihat yang baik)



Orang-orang UMNO, PBB atau BN secara keseluruhannya memang sangat perlu belajar sesuatu daripada kehebatan orang-orang PKR dan DAP dalam ilmu 'mencairkan' orang-orang PAS.

Keputusan Majlis Syura PAS hari ini akhirnya memberi jawapan kepada seluruh warga Malaysia bahawa PAS memilih untuk bersama DAP dan PKR.

Walaupun dimaki, dihina, disaman jutaan ringgit, PAS tetap memilih DAP dan PKR.

Walaupun secara peribadi diakui oleh pimpinan PAS serta penyokongnya bahawa PKR dan KETUMnya adalah pelaku maksiat songsang, PAS tetap memilih PKR untuk bersama menumbangkan BN.

Walaupun DAP ternyata berjuang menghapuskan Melayu, Bumiputera dan menentang Hudud, PAS tetap memilih DAP untuk keberkatan perjuangan mereka.

PAS tidak memilih BN untuk bersama menegakkan perjuangan rakyat mungkin kerana sikap orang-orang BN dilihat seperti syaitan; sikap orang-orang DAP dan PKR pula dilihat seperti malaikat.


PAS tidak mahu berjuang bersama BN kerana orang BN belum cukup mantap memaki orang PAS.

Orang BN tak pandai mengampu orang PAS; kerana orang PAS ni perlu dibelai, diampu, dicubit tapi ditiup serta merta; hanya DAP dan PKR tahu teori serta strategi bagaimana memenangi hati orang-orang PAS.

Di Sarawak, YB Chong dan DAP lah yang mahir dalam perkara 'memenangi hati' mana-mana pihak. Kalau tidak mahir, DAP tidak akan berani mengajar Ketua Menteri Sarawak dalam 'ilmu' istimewa ini!

Tolaklah ego; orang BN wajib belajar bagaimana DAP dan PKR mememenangi hati orang-orang PAS walaupun sudah berkali-kali memaki hamun, menghina serta menyaman jutaan ringgit!

Agak-agaknya berapa juta Mek Syabu dapat bila dapat 'selesaikan' isu MB Selangor ni yek?!

My criticism was not meant to ask PM to step down – Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad said he had no intention to ask Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to resign but his criticism were merely meant to be a ‘wake up call’.

“I did not say he (Najib) must step down, I just do not agree with a number of his policies. It is a reminder and nothing personal. Nobody dares to criticise him, so I am doing it,” he told reporters after launching the Institute of Excellence For Islamic Jerusalem Studies, here today.

The former Prime Minister in his blog posting today said he had criticised Najib’s administration because leaders who are not criticised would tend to believe they are doing the right thing.

He added that only when they are criticised, leaders would realise their mistakes and quickly rectify such mistakes.

Dr Mahathir said he had decided to post his criticism and comments on the blog because his criticism in the past had fallen on deaf ears.

Meanwhile, he said the setting up of the IEIJS would enlighten the understanding and academic facts of what was happening in Palestine, to the Muslim world.

“There are not many factual studies about Jerusalem by Muslim scholars. With the establishment of this institute, I hope there would be a better understanding of whatever happened there,” he said. –BERNAMA



Yang besar depan mata dah tak nampak sebab semua nak jadi "Superman"

P/S: Moral of the story, ni kisah Tun M sayangkan DS Najib sebagai anak. Lain lah kalau Tun M tak boleh terima macam kes Pak Lah dulu, cold statment dia keluarkan Pak Lah harus letak jawatan, tapi pada DS Najib tidak, dia kata dengan kasih sayang sebab tak nak pengaruh jahat anwar susup masuk tanpa terkawal ke sekeliling DS Najib. Ingat baik2, Anwar adalah "Syaitan" yang di kenali yang kerja dia menghasut manusia membuat kemungkaran.

Yang nak jadi hero meraban merata2 nak mengampu tu baik lah buat kerja yang mampu membantu DS Najib dalam tangani serangan fitnah kiri kanan puak pembangkang. DS Najib tak pandang pun u all hero wannabe ni pun. Sebab kalau u all nak tahu, Tun M maksudkan kau orang semua lah, pendek kata. Kerja tak ada, sembang lebat, hasil tak ada tapi kaki nak sebat kuat. Kesian DS Najib ada orang macam simpulan2 hero wannabe ni koh koh koh.


Ahad, 3 Ogos 2014

Amaran Khalid Ibrahim


Seakan sudah bosan dengan permainan Anwar Ibrahim dan rakannya dalam Pakatan Pembangkang, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim memberi amaran bahawa jika beliau disingkirkan pentadbiran negeri Selangor akan diberikan kepada Barisan Nasional sekaligus membuatkan Pakatan Pembangkang akan putih mata.

“Saya beri amaran kepada Pakatan Rakyat (PR) jika saya disingkirkan, negeri Selangor akan balik kepada Barisan Nasional."

“Saya tidak akan undur diri. Tetapi saya minta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kemukakan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) jika itu yang mereka mahu,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tanpa berselindung atau mungkin sudah muak dengan karenah ahli dan pemimpin parti, Menteri Besar Selangor itu menjelaskan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sudah tidak boleh disorok lagi dan sangat memalukan.

“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai masalah tetapi apa yang berlaku sepatutnya tidak berlaku.

Menurut Khalid Ibrahim, PKR sepatutnya malu dengan permasalahan dalaman yang berlaku sekarang ini selain daripada isu Pemilihan PKR 2014 yang sehingga kini masih belum selesai. Amatlah memalukan bila orang luar melihat perangai ahli PKR.

“Terus terang saya nyatakan di sini, bukan ugutan tetapi jika saya dipaksa meletak jawatan dengan cara ini, saya amat yakin Selangor akan dirampas oleh BN dengan mudah nanti,” tegasnya.

Selangor terus bergolak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila ada pihak dalam PKR tidak setuju khidmat Khalid disambung walaupun mendapat sokongan penuh Pas dan DAP.

Perkara mengenai singkirkan Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor bukan baru lagi bahkan sudah kedengaran apabila beliau dilantik dan dipersetujui pemimpin Pakatan Pembangkang selepas kemenangan mereka dalam PRU-13 lepas.

Cumanya Langkah Kajang yang diperkenalkan Rafizi Ramli pada bulan Mac 2014 menguatkan lagi strategi pemimpin PKR yang mahu menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Begitupun, bagi rakyat Selangor, mereka melihat krisis kepimpinan pentadbiran Selangor yang diterajui PKR itu sebenarnya didalangi pemimpin PKR sendiri yang sebelum ini kecewa kerana tidak diberikan projek di sepanjang pemerintahan Khalid Ibrahim.

Pesanan Ikhlas

Media Ratu Naga di Youtube