Khamis, 10 Oktober 2013

Kerusi Naib Presiden Bakal Menguburkan Politik Pemimpin Yang Mana?

DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein semakin giat berkempen untuk mempertahankan kedudukan beliau sebagai naib presiden UMNO.

Beliau dikatakan telah mengambil cuti daripada menjalankan tugas-tugas di kementerian untuk memberi tumpuan terhadap kempen.

Pada hari Ahad lalu beliau meluangkan masa sehari suntuk di Perak untuk bertemu dengan perwakilan perwakilan dari utara hingga ke selatan negeri itu.

Menteri Pertahanan itu sedang bergelut dalam persaingan yang melibatkan enam calon bagi tiga kerusi naib presiden.

Beliau bersungguh sungguh cuba meyakinkan khalayak tentang sebab sebab mengapa mereka patut menyokong beliau dan malah mengingatkan mereka bahawa beliaulah yang telah mempengerusikan jawatankuasa yang menghasilkan sistem pemilihan baru dalam parti itu.

Kempen beliau amat berbeza dengan kempen Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir. Di mana saja Ali Rustam dan Mukriz pergi, para penyokong UMNO memberitahunya bahawa mereka mahukan mereka menjadi perlapis gandingan terbaik Naib Presiden UMNO.

Sedangkan Hishamuddin berhempas pulas untuk meyakinkan perwakilan bahawa mereka masih memerlukannya.

Satu sumber yang dekat dengan Datuk Seri Najib Razak mengatakan bahawa “tidak benar sama sekali” presiden telah melebihkan sokongan terhadap mana-mana calon naib presiden, termasuk Hishammuddin yang merupakan sepupu beliau. (kita sendiri tahu hakikatnya bukan?)

Menurut sumber berkenaan, presiden enggan terlibat kerana beliau komited untuk membiarkan perwakilan memilih secara bebas siapa yang mereka mahukan sebagai naib presiden mereka.

“Parti ini perlu diberi nafas baru. Jika siapa yang patut dipilih telah ditentukan, akan terbatallah tujuan diadakan proses pemilihan yang baru ini dan ia bertentangan dengan transformasi politik Umno,” ujar sumber tersebut.


Hishammuddin Tun Hussein perlu berdikari sendiri tanpa pertolongan sesiapa demi untuk mengekal kan jawatan, dari memegang 2 dan yang satu itu jawatan yang masih di kosongkan oleh MCA kita sudah tahu kedudukan hisyamuddin pasti akan di ’jaga’


Selain itu, dikatakan bahawa seorang lagi pencabar, Datuk Mukhriz Mahathir, tidak akan ikut serta dalam persaingan jika tidak kerana mendapat restu daripada Najib.

Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengatakan calon perlu berkempen dengan bersandarkan pada kekuatan mereka sendiri dan bukannya menggunakan nama presiden.

“Saya tidak tahu siapa yang memulakan khabar angin ini dengan pergi ke seluruh negara memberitahu orang bahawa presiden mahu orang ini atau orang itu. Mereka perlu menghentikan tindakan tersebut dengan segera,” kata Syed Ali.

Hishammuddin juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan adanya sebarang arahan daripada kepimpinan parti untuk mengekalkan tiga penyandang naib presiden.

Buat seketika, cerita status quo itu begitu dipercayai sehinggakan Dr Zambry telah merancang untuk mengadakan sidang akhbar bersama ketiga-tiga penyandang naib presiden di kediaman rasmi beliau pada 10 Oktober untuk mengisytiharkan sokongan terhadap mereka. Difahami bahawa acara itu telah dibatalkan.

Pembatalan itu sememangnya sesuatu yang wajar kerana tidak semua penyokong merasa selesa dengan hal berkenaan. Mereka tidak kisah jika sokongan terbuka diberikan kepada Zahid yang berasal dari Perak, namun untuk dua kerusi lagi mereka merasa perlu diberi kebebasan untuk memilih.

Pada Sabtu malam, Sultan Pahang telah mengadakan makan malam besar besaran untuk pemimpin-pemimpin UMNO bahagian dan cawangan dari Pahang. Ada yang mengatakan bahawa makan malam itu untuk meraikan kejayaan Najib mempertahankan kerusi presiden tanpa ditentang.

Tetapi Najib tidak berada dalam majlis itu dan beberapa hadirin mengatakan yang makan malam itu adalah untuk Tuanku bertemu dengan rakyat baginda.

Seorang ketua bahagian yang hadir dalam majlis itu mengatakan bahawa Tuanku telah menyampaikan titah ucapan selepas makan malam untuk mengucapkan tahniah kepada Najib dan bertitah bahawa Pahang berbangga dengan beliau.

“Tuanku bertitah tentang kesatuan Melayu. Baginda mengingatkan kita bahawa Umno dilahirkan di istana dan menjadi tugas baginda untuk mengambil tahu apa yang berlaku dalam dunia politik. Tuanku juga menyarankan agar perwakilan Pahang memberikan salah satu kerusi naib presiden kepada Hisham,” kata ketua bahagian berkenaan.

Sokongan daripada istana Pahang ini tidak mengejutkan kerana isteri Hishammuddin adalah kerabat diraja Pahang. Menarik untuk dilihat berapa banyak daripada 14 bahagian UMNO di Pahang akan memberikan sokongan terhadap Hishammuddin.

Hishammuddin melakukan segala yang mampu dilakukannya untuk memenangi jawatan naib presiden, kerana pemegang jawatan itu juga akan dilantik ke dalam kabinet.

Lebih jauh daripada itu, jika menang, beliau akan kekal sebagai salah seorang bakal pencabar untuk jawatan Perdana Menteri di masa depan. Jika kalah, beliau mungkin akan menjadi backbencher Barisan Nasional.

Hishammuddin berdepan dengan tiga dilema. Di satu pandangan pilihan majoriti beliau terpaksa berdepan dengan Ali Rustam, satu satunya tokoh pemimpin Islam dalam UMNO yang banyak membantu orang orang Melayu di seluruh Malaysia walau pun beliau kalah di gelanggang sendiri dalam PRU 13 yang lalu, namun suara suara majority Melayu sentiasa mahukan Ali Rustam di atas jasanya yang sangat besar dari dulu hingga kini kerana “track record” nya yang sangat cermelang dalam membantu ekonomi orang orang melayu dan kemajuan negeri Melaka kini. Di satu peringkat, beliau sedang dibandingkan dengan Zahid yang telah mengambil alih portfolio beliau sebagai Menteri Dalam Negeri.

Di peringkat lain, Hishammuddin sedang cuba untuk merebut slot “anak PM”. Hishammuddin dan Mukhriz adalah anak bekas perdana menteri dan bagi kebanyakan pihak hanya boleh ada seorang “anak PM” di kalangan naib presiden  sama ada Hishammuddin atau Mukhriz.

Di satu lagi peringkat, Hishammuddin berdepan dengan Ali Rustam. Para perwakilan telah memutuskan bahawa undi terhadap Mukriz dan Ali Rustam adalah “wajib” dan dengan itu mereka perlu mengorbankan sama ada Hishammuddin atau Shafie untuk menaikkan muka baru.

Dari segi itu, siapa saja yang menyebarkan cerita status quo berkenaan telah tersalah menilai sentimen di bawah. Agak jelas dari awal lagi bahawa parti itu tidak berminat untuk memberi sokongan kepada semua penyandang secara borong. Setiap seorang daripada mereka dinilai berasaskan merit mereka sendiri.

Tetapi hanya segelintir yang menjangkakan gelombang sokongan yang besar terhadap Mukhriz. Jika dilihat pada respons perwakilan-perwakilan dalam jelajah UMNO, Mukhriz telah menang dalam persaingan untuk meraih “sorak”.

Satu-satunya cara untuk menjelaskan sokongan yang diterima Mukhriz ialah bahawa beliau merupakan salah seorang anggota pasukan yang telah menawan semula Kedah. Kemenangan di Kedah adalah kejayaan terbesar Umno dalam pilihan raya umum yang lalu. Sejak itu, langkah Menteri Besar Kedah yang mempunyai “bin” yang masyhur itu serba menjadi.

Jelajah kempen pemilihan UMNO akan melalui beberapa buah negeri lagi, namun sukar untuk disangkal bahawa akar umbi UMNO mahu melihat sekurang-kurangnya satu wajah baru di kalangan naib presiden parti itu.

Selasa, 1 Oktober 2013

Lokman Noor Adam - Kenyataan Media



Kenyataan Media 
Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang menetapkan pendirian bahawa pihak Kerajaan Negeri akan memberikan keutamaan untuk membantu rakyat yang mengundi BN, berbanding mereka yang jelas tidak menyokong. Tindakan ini sewajarnya dijadikan contoh oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri BN, yang saya yakin turut menerima nasib yang serupa, iaitu dikhianati oleh penyokong DAP, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memenuhi semua permintaan mereka sepanjang lima tahun lepas. 

Selama hari ini, penyokong-penyokong DAP ini tidak menghargai langsung apa yang telah diusahakan oleh para pemimpin BN dan rata-rata mereka juga tidak berfikir panjang bahawa tindakan menolak BN ini akan akhirnya 'memudaratkan' diri mereka kembali. Dan, sekiranya BN masih lagi meneruskan dasar menunaikan segala apa yang dipinta dalam keadaan sedar bahawa ia akan dibalas dengan pengkhianatan, maka percayalah bahawa peluang untuk menarik balik sokongan penyokong-penyokong DAP ini tidak akan diperolehi sampai bila-bila.

Hari ini pemimpin Melayu khususnya UMNO, harus sedar bahawa masa utk memujuk sudah pun berakhir. Hari ini tibalah masanya kita perlu sedarkan mereka yang telah mengkhianati kita, apa yang mereka akan "hilang" sekiranya mereka terus mengkhianati kita. Sikap mereka yang jelas menunjukkan ketidak sediaan untuk hidup bersama kita sambil berkongsi kek kekayaan ekonomi negara amatlah dikesali. Saya percaya umum sudah maklum bahawa tindakan majoriti daripada penyokong DAP ini yang menolak BN pada PRU yang lalu adalah kerana mereka sudah tidak mahu lagi menerima sebuah Kerajaan yang ditunjangi dan ditentukan hala tujunya oleh orang Melayu. 

Sungguhpun Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Pembangkang berbangsa Melayu, namun beliaulah satu-satunya manusia yang berani menaruhkan nasib anak bangsanya sendiri dengan menjual harapan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta menghapuskan hak istimewa org Melayu atas nama keadilan dan kesamaraataan. Sokongan luarbiasa yang Anwar terima dari penyokong-penyokong DAP ini sebenarnya kerana mereka sudah bosan berkongsi kek kekayaan ekonomi negara bersama dengan kita. 

Kek Ekonomi Sektor swasta sudah lama mereka kuasai hampir sepenuhnya, menjadikan apa yang tinggal untuk dibahagi-bahagikan kepada Bumiputera hanyalah di sektor awam. Itupun hanya sebahagian kecil kerana adanya DEB, yang wujud demi untuk merapatkan jurang sosial antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Kerana DEB jugalah, ekuiti Bumiputera di Negara ini telah berjaya kita lipat gandakan dari 2.3% sebelum Tragedi 13 Mei 1969, kepada lebih 10 kali ganda kini. Sungguh pun matlamat kita untuk mencapai 30% pegangan ekuiti masih belum berjaya, namun jika tanpa DEB kita pasti ditakuk lama.

Namun begitu, pegangan ekuiti 30% yang disasarkan pun sebenarnya masih lagi satu jumlah yg tidak adil kerana ianya tidak sampai separuh daripada jumlah yang sepatutnya dituntut oleh lebih 64% kaum Bumiputera. Andainya dihapuskan juga DEB, maka apakah nasib terutamanya usahawan Bumiputera yang rata-ratanya bermodalkan kecil dan sederhana? Apa akan jadi sekiranya semua kontrak dan peluang perniagaan dianugerahkan berdasarkan kepada merit semata-mata? Mampukah orang Melayu dan India bersaing dgn kaum Cina yang merupakan pembekal bahan, tokey kuari, pasir, simen dan bahan mentah lain sejak sekian lama? Ini akan mengakibatkan kaum Cina sahaja yang akan menguasai semua peluang perniagaan dan percayalah, akibatnya nanti lebih buruk daripada apa yang berlaku ketika rusuhan kaum di Indonesia tahun 1998 dahulu.

Kita pasti fenomena seumpama ini akan memberikan impak yang sangat negatif terhadap kestabilan politik dan keamanan negara.

Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dasar daripada YAB Menteri Besar Kedah dalam hal ini selain ingin menasihatkan YB Teresa Kok agar mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum boleh bercakap soal keadilan sosial dan keharmonian kaum. Pernahkah DAP memberikan keadilan kepada penyokong BN
di negeri-negeri yang mereka perintah.

30 September 2013




JIKA BERANI UNTUK KEBAIKAN KENAPA DI TOLAK?
SAYA PUN SOKONG, ANDA BAGAIMANA?

Kepimpinan bekas Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Hj.Mohd Rustam



Kepimpinan bekas Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Hj.Mohd Rustam amat disenangi oleh rakyat diNegeri Melaka.Beliau seorang pemimpin yang amat luar biasa dan komited terhadap tugas hakiki khususnya sebagai seorang Ketua Menteri dalam merealisasikan pembangunan mampan ekonomi Negeri dan juga berusaha kearah peningkatan pendapatan berkapita rakyat Negeri Melaka.Ketua Menteri ini amat berbeza diantara Menteri Besar dan juga Ketua Menteri diseluruh Malaysia hatta didunia sekalipun.Ali Rustam berusaha keras menjejaki gaya kepimpinan Nabi SAW dan mungkin juga gaya kepimpinan para sahabat Nabi SAW seperti Saidina Umar Al Khattab, jika dilihat kepimpinan dan kepengikutan Mahatma Gandhi, sedikit sebanyak perjuangan,ketelusan dan pembangunan fizikal dan spiritual yang pernah dilakukan oleh Gandhitelah dipratikan oleh beliau dari kalangan rakyat di Negara ini, khususnya dinegeri Melaka.Diantara sebab, hujah dan dalil mengapa Ali Rustam perlu disokong,diberikan mandat dan dipilih oleh majoriti rakyat dan pengundi diNegara ini adalah disebabkan gaya kepimpinan,dalil,kredibliti dan juga sentuhan emosi beliau terhadap isu berikut, yang pertama Beliau amat berjiwa rakyat dan bersifat rendah diri, jika dilihat dan diperhalusi beliau amat senang berbicara,dibawak bincang dan didekati oleh rakyat dan seluruh lapisan masyarakat diNegeri dan Negara ini, Ali Rustam tidak akan memilih status jantina, keturunan,bangsa,agama mahupun taraf pendidikan setiap individu yang mahu berhubung dengan beliau, asalkan niat baik makanya beliau akan memberikan perhatian terhadap isu yang dibangkitkan oleh individu berkaitan.Sifat rendah diri sebagai pemimpin tertinggi Negeri juga telah menyebabkan rakyat amat menyayangi dan senangi beliau, sebut sahaja apa rintangan dan permasalahan beliau akan ada golongan rakyat yang menuju ke lokasi beliau berada,bila sahaja, dimana sekalipun tanpa mengira waktu, semangat dan pertalian serta kekuatan untuk membantu Ketua Menteri ini lahir dalam diri setiap individu dan pengundi hanya disebabkan amalan beliau berbuat baik dibalas dengan budi yang baik.Dalil kedua merujuk kepada kemampuan beliau membawa pembangunan yang mampan terhadap Kerajaan Negeri Melaka, walakupun agak sukar untuk mendapatkan peruntukan dan dana yang besar daripada kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kewangan, lantaran daripada kemampuan Melaka menjana ekonomi menerusi industri pelancongan Negeri, namun diatas keintelektualan dan daya usaha beliau, pembangunan ekonomi,politik dan sosial Negeri mampu dipelihara dengan terbaik mungkin.Sebagai bukti yang amat jelas, negeri Melaka telah diitiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia UNESCO, Melaka Bandarteknologi Hijau, Melaka World Solar Valley dan Negeri ini juga berjaya menjana pendapatan tertinggi KDNK Negeri menerusi sumber penjanaan industri pelancongan dunia dinegara ini.Hujah ketiga yang amat sukar diikuti oleh pemimpin lain, adalah pengorbanan dan keterlibatan beliau berkhidmat 24 jam dalam menangani apa sahaja isu dan kebajikan rakyat serta kepentingan Negeri dan Negara.Beliau pantang terdengar mahupun dimaklumkan berkaitan sebarang bentuk permasalahan rakyat serta musibah, tanpa mengira waktu,lokasi dan majlis Ali Rustam akan bergegas ke lokasi untuk meninjau dan mengambil tindakan drastik, untuk menangani sebarang bentuk permasalahan dan polimik rakyat.Seluruh pasukan pengerak,kakitangan kerajaan,NGO,GLC dan Mahasiswa dan siswi akan mengikut rentak dan gaya kepimpinan beliau, tanpa mengira waktu baik disiang hari,petang,malam mahupun subuh, setiap pejuang ini akan berkumpul mendengar arahan dan perlu mengambil tindakan segera terhadap isu yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri ini.Dalil keempat pula hadir turun padang tanpa perlu dikerah atau mencari publisiti murahan, beliau amat komited,serius, rajin dan berhemah tanpa memilih waktu dan lokasi baik dikawasan BN mahupun PKR, Ketua Menteri ini tetap turun padang untuk menghulurkan bantuan,jika dihina,dicaci baik disindir sinis, namun beliau tetap menunaikan janji untuk membantu rakyat.Dalil ke lima, seorang pemimpin yang peramah,rendah diri dan mudah didekati, belum pernah seorang Ketua Menteri,Menteri Besar mahupun pemimpin yang rajin menghantar sms kepada rakyat tanpa memilih bulu,kedudukan dan status, namun Ali Rustam akan menghantar sms,berkomunikasi serta mendekati sesiapa sahaja dengan cukup mudah,peramah serta mendengar pandangan serta nasihat mereka, amat teruja dan terharu apabila Ketua Menteri menerima pandangan orang bawahan tanpa mengira latarbelakang akademik mahupun keturunan, sifat ini amat mulia serta menyebabkan rakyat amat menyayangi beliau.Dalil keenam,hujah dan pengucapan serta ceramah beliau tidaklah menghentam seseorang pemimpin mahupun musuh beliau secara ekstrem,sifat mahupun ucapan memaki-hamun,fitnah, aib-mengaib ini kurang diterjemahkan oleh beliau, namun memang wujud sindiran sinis ketika beliau berucap terhadap beberapa isu peribadi pihak lawan, namun beliau tidak akan lari daripada perbincangan dan agenda utama ketika memberikan ucapan.Pemimpin yang memberikan fokus terhadap pembangunan dan isu kebajikan rakyat akan lebih disenangani daripada memburukan pihak lawan.Dalil ketujuh Ali Rustam, tidak mengutamakan protokol, agak berbeza dengan para pegawai dibelakang takbir pengurusan Pejabat dan juga CEO diorganisasi Jabatan Kerajaan.Beliau hanya memerlukan penglibatan,kehadiran dan keberkesanan sesuatu program mahupun perjumpaan,rakyat mahupun pengundi amat gemar dan bersyukur terhadap kepimpinan beliau yang tidak rijik terhadap isu penerimaan dan halangan berjumpa dengan rakyat mahupun sesiapa yang berhajat berhadapan dengan beliau, rakyat dialu-alukan hadir dipejabat Ketua Menteri, dikediaman rasmi mahupun diserata Negeri dan Negara asalkan beliau berkelapangan dan sihat, itulah dia perbezaan dalam mengutamakan agenda rakyat melebihi isu protokol, namun wujud segelintir pegawai kerajaan yang amat rijik,protokol dan amat birokrasi dalam menangani isu dan persoalan rakyat, namun dibumi Melaka ibarat Hang Tuah kembali diberikan mandat, maka Ali Rustam mengalas mandat berkaitan dengan terbaik mungkin.Dalil kelapan, beliau akan hadir disebarang bentuk majlis, ketika majlis pernikahan,musibah mahupun terlantar akibat uzur, beliau pantang sekali menerima sms mahupun perkhabaran daripada rakan-rakan, makanya beliau akan bergegas meninggalkan majlis tanpa mengira waktu dan keadaan.Dalil yang kesembilan, rakyat mudah berkunjung ke kediaman rasmi beliau, jika dilihat kediaman Menteri Besar dan Ketua Menteri,lazimnya akan dikawal ketat dan adalah merupakan kawasan larangan dimasuki oleh mana-mana pihak, namun amat terharu apabila rakyat diNegeri Melaka dan seluruh Malaysia mampu hadir berjumpa Ketua Menteri ini, tanpa mengira waktu, apa yang perlu mereka lakukan adalah masuk ke kediaman rasmi Ketua Menteri duduk, makan apa sahaja rezeki yang ada dan tunggu ketibaan Ketua Menteri untuk melayan dan mendengar serta mengambil tindakan terhadap isu yang diutarakan.Dalil yang kesepuluh, Ketua Menteri ini amat terkenal dengan sikap berintergriti tinggi,efisen,pantas dan berkualiti, beliau amat dikenali oleh rakyat dan kakitangan serta pejawat awam di Negeri ini, asal diarah,disebut dan diminitkan sebarang bentuk surat,pekeliling, dasar mahupun polisi setiap pegawai kerajaan,NGO,GLC serta individu perlu bertindak segera, dan sebagai amalan budaya yang baik majoriti kakitangan dan pasukan perjuangan beliau telah mengikuti jejak beliau, perlu bekerja lebih masa,menyelesaikan isu dan arahan segera mungkin dan turun padang tanpa mengira waktu.Setelah kita mendengar,meneliti dan menyelami sendiri gaya kepimpinan beliau, apakah tindakan kita sebagai rakyat dan pengundi diNegeri ini, adakah beliau wajar dipilih,diberikan mandat dan terus dinaikan darjat mahupun kita bertindak pasif membiarkan mutiara ini hilang daripada milikan seluruh masyarakat diNegeri dan Negara ini.Apa yang jelas beliau sangat layak bagi memiliki salah satu daripada kerusi naib presedin umno malaysia,kepada para pewakilan dan ahli umno seluruh malaysia,mereka inilah yang sebenarnya yang akan menentukan undi majoriti untuk kepimpinan umno malaysia yang baru, mudah-mudahan seluruh pengundi tidak kira negeri buatlah pilihan yang terbaik, jangan kerana marahkan seekor nyamuk habis satu kelambu dibakar, buatlah pilihan yang bijak


demi bangsa & agama Tok Ali lah calon terbaik !!

Page 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib bukan milik Barisan Nasional

Page 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib bukan milik Barisan Nasional, tetapi ia milik Pakatan Rakyat untuk memburuk burukkan Barisan Nasional, sila klik di sini

Saya Ratu Naga serta sahabat sahabat saya menafikan bahawa saya adalah admin page atau pernah jadi admin page yang dah mcm org gila posting melaga lagakan orang. Kami di fahamkan dulunya page ini memang milik seorang blogger UMB, tapi malangnya, beliau mendakwaa bahawa page ini telah di hack bersama sama blog serta akaun email beliau. Kini apa yang kami nak semua tahu, page ini telah di hack oleh pembangkang & di gunakan untuk memanupulasi pembaca pembaca page tersebut.


dan juga anda semua boleh lihat di sini betapa terdesaknya Pakatan Rakyat menggunakan nama nama penyokong Barisan Nasional tetapi menghina agama Islam, Raja Raja, serta setiap bangsa semata mata nak melaga laga kan di antara satu sama lain, rasanya yang kendali kan page ini org Islam atau kafir?



rasa kalau admin page sebenar ni orang Islam dia nak menghina ke sendiri agama mereka atau sebaliknya? 



selain dari itu ada juga page lain yang di dakwa telah di hack oleh orang yang tak bertangungjawab, sila klik di sini



dan juga lihat penjelasan bekas admin page tersebut



rasa kalau admin page sebenar ni orang Islam dia nak menghina ke sendiri agama mereka atau sebaliknya? jika memang page admin ini sebetulnya orang Islam, saya ucapkan tahniah lah, iman anda di ukur hanya melalui politik bukan amalan anda di dunia 

P/S: macai macai PR ada pegangan agama ke?

Pesanan Ikhlas

Media Ratu Naga di Youtube