Isnin, 31 Oktober 2011

BAHAYA MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM

Kisah yang lebih menarik untuk membolehkan kita mendapat iktibar dan lebih berhati-hati mengenai status seorang sama ada dia itu Islam atau tidak, ialah kisah Usamah bin Zaid. Dalam satu peperangan, ketika Usamah bin Zaid hampir membunuh seorang kaum kafir, orang kafir tersebut mengucapkan kalimah syahadat, tetapi Usamah tetap sahaja menghayunkan pedangnya dan menyebabkan orang kafir ini mati.

Kisah ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan menyebabkan baginda memanggil Usamah dan menanyakan hal ini. Usamah menjawab: ''Ya Rasulullah, dia mengucapkan syahadat kerana takutnya (untuk melepaskan diri dan takut mati )''. Rasulullah dengan nada yang keras bersabda: ''Adakah kamu melihat ke dalam hatinya untuk mengetahuai bahawa apa dia berkata benar atau tidak.'' dan baginda juga bersabda: ''Bagaimana kamu akan menjawab pada hari pembalasan, jika syahadat yang diucapkan itu sebagai bukti ke atas kamu?''.
Usamah berkata apabila mendengar Rasulullah mengatakan hal itu: ''Aku berharap bahawa aku masuk Islam baru sesudah saat itu sehingga aku tidak berdosa atas apa-apa yang dituduhkan kepadaku'' (Riwayat Muslim).

Lihat betapa tegas Rasulullah s.a.w dalam hal ini, yang melarang seseorang Islam membunuh seseorang Islam yang lain, walaupun orang kafir itu hanya mengucapkan kalimah syahadat sewaktu hayunan pedang dihalakan ke arahnya.


Lebih menyayatkan hati isu ini juga menimpa ahlul bait iaitu cucu kesayangan Rasullulah, Hussein, para ulama Muawiyah telah mengeluarkan fatwa bahawa cucu Rasullulah sebagai murtad. Fatwa ini telah menyebabkan fatwa menghalalkan darah Hussein, yang dibunuh dalam keadaan yang mengerikan sehingga badan dan kepalanya terpisah dalam peristiwa di Karbala.

Lihatlah betapa isu mengkafirkan dan murtad menjadi senjata yang cukup jahat, sehingga ia mampu memisahkan badan dan kepala cucu kesayangan Rasulullah, cuba bayangkan bagaimana isu mengkafir ini mampu membinasakan kita yang hanya murid.

Adakah orang Melayu sanggup mengulangi kesilapan bangsa-bangsa Islam terdahulu?.
Allah s.w.t dan Rasullulah s.a.w memberi peringatan secara langsung dan tidak langsung untuk tidak menggunakan isu kafir-mengkafir sesama Islam.
Oleh itu, orang Melayu mesti menyemak dan rajin mencari ilmu dan banyak membaca serta membuat perbandingan dan jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja dan memekak telinga terhadap satu pihak yang lain.

Apa yang paling penting ialah jadikan al-Quran dan sunah Rasullulah s.a.w sebagai piawai utama dalam membuat perbandingan dan mencari kebenaran.

KUTUK KERAJAAN TETAPI MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN

Jika kita mengambil contoh ulama-ulama mazhab terkenal yang mempunyai pendirian-pendirian tertentu berbeza dengan pendirian pemimpin kerajaaan seperti Imam Syafi'i (lahir 767 dan meninggal 820 Masihi), Imam Malik (lahir 715 dan meninggal 795 Masihi, Imam Abu Hanifah (lahir 699 dan meninggal 767) dan Imam Ibn Hanbal (lahir 780 dan meninggal 855) kita akan mendapati semua mereka menolak makan gaji atau memegang jawatan dalam kerajaan.

Bagaimanapun, keempat-empat ulama mazhab yang menjadi tonggak aliran Ahli Sunnah Waljamaah itu mengambil pendirian menolak makan gaji dan memegang jawatan bukan kerana mereka menentang kerajaan.

Sebaliknya mereka mengambil pendirian itu kerana tidak mahu terlibat dalam politik.
Ini kerana ulama-ulama berkenaan secara khas dan lain-lain ulama aliran Ahli Sunnah Waljamaah secara amnya merupakan ulama yang menyokong kerajaan. Ini kerana aliran Ahli Sunnah Waljamaah terbentuk di bawah naungan kerajaan. Ada di kalangan ulama Ahli Sunnah Waljamaah itu menolak terlibat dalam politik kerana ada yang betul-betul bermasalah dengan kerajaan, tetapi secara keseluruhannya mereka bersama kerajaan.

Sebaliknya golongan ulama yang boleh dikategori sebagai ulama pembangkang ialah ulama puak Syiah, Khawarij, Muktazilah, Murji'ah dan lain-lain. Merekalah yang boleh dipanggil ulama yang seratus peratus menjadi pembangkang. Tindakan mereka dalam membangkang pula sangat hebat dan menjadi punca berlaku permusuhan dan peperangan yang besar di kalangan orang Islam pada masa lalu.

Di kalangan ulama empat mazhab bukan tidak ada ulama yang membangkang sepertimana ulama Syiah, Khawarij dan lain-lain, tetapi tindakan mereka membangkang tidak lebih daripada perbezaan pendirian dan bimbang politik boleh merosakkan kerjaya ilmu. Sebagai contoh Imam Syafi'i dan Imam Abu Hafinah pernah dituduh terlibat dengan puak pembangkang.

Imam Syafi'i pernah dipenjara di Yemen kerana dituduh terlibat dalam pemberontakan di sana menentang kerajaan pusat. Bagaimanapun, apa yang berlaku ke atas Imam Syafi'i tidak lebih daripada fitnah kerana beliau dituduh bersubahat dengan sembilan orang pemberontak puak Alawi (Syiah) menentang kerajaan Abbasiyyah yang dipimpin oleh Harun ar-Rasyid. Tetapi Imam Syafi'i yang sepatut dibunuh seperti sembilan orang Alawi itu terlepas dari maut selepas berjaya berhujah Harun ar-Rasyid dan dapat membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Selain itu Imam Syafi'i mempunyai pandangan berbeza dengan beberapa ulama lain berhubung pemerintahan Muawiyah dan Yazid di mana beliau menganggap pemerintahan kedua-dua mereka sah dari segi hukum agama.

Abu Hanifah pula pernah menyokong puak pembangkang menentang kerajaan Umawiyah kerana beliau menganggap Ali bin Abi Talib dan lain-lain Ahlul Bait lebih berhak daripada Muawiyah dan lan-lain pemerintah Bani Umaiyyah. Beliau yang berasal dari keturunan hamba Parsi itu memberi sokongan secara terang-terang terhadap mereka yang menentang kerajaan Umawiyah termasuk memberi bantuan kewangan kepada mereka.

Jadi Imam Abu Hanifah seorang saja yang mungkin dianggap sebagai ulama yang membangkang kerajaan seratus-peratus. Tetapi anehnya Abu Hanifah juga mengambil pendirian yang sama terhadap kerajaan Abbasiyyah yang dibentuk oleh puak pembangkang, iaitu tidak makan gaji dan menolak memegang jawatan.

Malah anehnya juga ialah Abu Hanifah sendiri dipenjara oleh kerajaan yang beliau memberi sokongan dan beliau meninggal dunia dalam penjaranya. Sesetengah sumber menyebut Imam Abu Hanifah diracuni oleh Khalifah al-Mansur.

Salah satu punca menyebabkan ulama terkenal banyak menggunakan akal dalam berijtihad itu dipenjara kerana beliau menolak menjadi kadi kepada kerajaan Abbasiyyah. Perlu diterangkan bahawa Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Malik juga menghadapi penyeksaan seperti yang terkena pada Imam Abu Hanifah. Cuma punca yang menyebabkan mereka ditimpa musibah itu berbeza

Ahad, 30 Oktober 2011

MESTI BACA : KENAPA MESIR TIDAK LAKSANA HUDUD DIHURAI MUFTINYA SYEIKH ALI JUMAAT 5 TAHUN LEPAS !!!

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman ketiadaan saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

(Rujuk :
http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Hudud bukan keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk :
http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

Sumber :
http://zul4kulim.blogspot.com/2011/10/syeikh-ali-jumah-saksi-hudud.html

Laman rasmi Mufti Syeikh Ali Jum'ah klik sini
http://www.aligomaa.net/

Antara penulisan dan juga Salasilah Guru beliau ( info Wikipedia ) :

His published works include in alphabetical order:

‘Alaqah Usul al-Fiqh bil al-Falsafah
Aliyat al-Ijtihad
Athr Dhihab al-Mahal fi al-Hukm
al-Bayan
al-Hukm al-Shar’i
al-Ijma’ ‘ind al-Usuliyyin
al-Imam al-Shafi’i wa Madrasatuhu al-Fiqhiyyah
al-Imam al-Bukhari
al-Kalim al-Tayyib vol. 1
al-Kalim al-Tayyib vol. 2
Mabahith al-Amr ‘ind al-Usuliyyin
al-Madkhal ila Darasah al-Madhahib al-Fiqhiyyah
al-Mar’ah fi al-Hadarah al-Islamiyyah
al-Mustalah al-Usuli wa al-Tatbiq ‘ala Tarif al-Qiyas
al-Nadhariyyat al-Usuliyyah wa Madkhal li Darasah ‘Ilm al-Usul
al-Naskh ‘ind al-Usuliyyin
Qadiyah Tajdid Usul al-Fiqh
al-Qiyas ‘ind al-Usuliyyin
al-Ru’yah wa Hujiyyatiha al-Usuliyyah
Simat al-Asr
Taqyid al-Mubah
al-Tariq ila al-Turath al-Islami

Teachers
His sheikhs and teachers include in alphebetical order:

‘Abd al-Hafidh al-Tijani
‘Abd al-Hakim ‘Abd al-Latif
‘Abd al-Hamid Mayhub
Ahmad Jabir al-Yamani
‘Abd al-Jalil al-Qaranshawi
Ahmad Hammadah al-Shafi’i
Ahmad Mursi
‘Ali Ahmad Mar’i
Hasan Ahmad Mar’i
al-Husayni Yusuf al-Shaykh
Ibrahim Abu al-Khashab
‘Iwad Allah al-Hijazi
‘Iwad al-Zabidi
Ismail Sadiq al-’Adwi
Ismail al-Zayn al-Yamani
Jad al-Haqq ‘Ali Jad al-Haqq
Jad al-Rabb Ramadan
Muhammad Abu Nur Zuhayr
Muhammad Alawi al-Maliki
Muhammad Ismail al-Hamadani
Muhammad Mahmud Farghali
Muhammad Shams al-Din al-Mantiqi
Muhammad Zaki Ibrahin
Sha’ban Muhammad Ismail
Said ‘Abd Allah al-Lajhi
al-Sayiid Salih ‘Iwad
Salih al-Ja’fari
Yasin al-Fidani


http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html
www.onislam.net


GEMPAR! PENULIS ZIONIS SAHKAN ANWAR KE WASHINGTON MOHON SOKONGAN

Hari ini Jackson Diehl, kolumnis terkenal berbangsa Yahudi dan pernah
tinggal tinggal Israel mengesahkan yang Anwar Ibrahim ke Amerika
Syarikat pada 23-26 Jun lalu untuk menerangkan kepada rakan-rakan
lamanya termasuk Yahudi mengenai salah faham yang beliau dikatakan anti Yahudi dan anti semitik oleh pertubuhan B’nai B’rith.

Beliau di dalam kolumnya bertajuk “Flirting with zealotry in Malaysia” di akhbar online Washington Post menulis :

”Anwar, who was in Washington for a couple of days last week, spent a lot of
time offering explanations to old friends, not to mention House Foreign
Affairs Committee Chairman Howard Berman and a Jewish leader or two. He
said he regretted using terms such as “Zionist aggression,” which are
common coin for demagogues like Mahmoud Ahmadinejad. “Why do I need to
use it if it causes so much misunderstanding?” he said. “I need to be
more careful.””

Yang dalam bahasa melayunya bermaksud :

“Anwar, yang berada di Washington selama beberapa hari lalu, menghabiskan
banyak masa menawarkan penjelasan untuk teman-teman lama, Tidak
menamakan Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan
beberapa pemimpin Yahudi. Dia dikatakan menyesal menggunakan istilah
seperti “pencerobohan Zionis,” yang umum dipakai pemimpin seperti
Mahmoud Ahmadinejad. “Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu
menyebabkan begitu banyak salah faham?” katanya. ” Saya harus lebih
berhati-hati.””

Penulisan ini membuktikan beberapa artikel dari laman web AnwarIbrahimDotCom
yang mengatakan Anwar Ibrahim pergi ke Amerika Syarikat untuk
membersihkan nama beliau yang digelar sebagai anti Yahudi dan anti
semitik.

Perkara ini ada asasnya apabila Anwar Ibrahim dikatakan berjumpa sendiri dengan
Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier
politik beliau di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen
merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden
Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada
pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai ‘penasihat’
kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Di samping itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan ‘reformasi ke dalam dunia Islam’.

Apa yang paling jelas beliau telah melobi Amerika Syarikat apabila beliau bertemu dengan Kurt Campbell, penolong Setiausaha Hubungan Asia Tenggara Amerika Syarikat untuk menyampaikan mesej beliau lebih pro Amerika daripada Perdana Menteri kepada Presiden Barak Obama perkara ini seperti disebut blogger Analisa Kumbang melalui laporan AFP menyebut Anwar Ibrahim secara terang-terang
menyatakan kepada wartawan AFP bahawasanya Presiden Barak Obama perlu
berhati-hati dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang beliau anggap
buruk dalam segala serbi.

Menyoroti biografi Jackson Diehl yang menulis artikel mengesahkan Anwar Ibrahim memujuk Yahudi di Washington Post ini. Beliau merupakan penulis terkenal berbangsa Yahudi dan pro zionis di akhbar itu. Beliau dikatakan banyak menulis mengenai hal hubungan luar negara Amerika Syarikat.

Latar belakang beliau yang pro zionis dan Yahudi ini menimbulkan pertanyaan kenapa beliau mengesahkan Anwar Ibrahim pergi ke Amerika Syarikat untuk menerangkan salah-faham beliau sebagai anti semitik?

Adakah ini satu usaha untuk penulis dan bangsa Yahudi itu sendiri untuk memulihkan imej Anwar Ibrahim dan menjelaskan pada dunia beliau masih pro kepada zionis dan Israel?

Tidak menghairankan kerana akhbar Washington Post milik Donald Graham iaitu konglomerat Yahudi terkenal di Amerika dan merupakan rakan baik
kepada Paul Wolfowitz dan George Soros yang juga rakan Yahudi Anwar.
Fakta menarik tentang Donald Graham ini adalah beliau juga sebenarnya
bertindak dan tergolong di dalam kumpulan Yahudi yang mengawal media di
dunia dan modus operandi beliau ini jelas sekali mempromosi Yahudi dan
mereka yang pro Yahudi di makalah-makalah terbitan mereka.

http://www.anwaraidc.com/?p=1919


PAS UMPAMA TUNGGUL DALAM PAKATAN RAKYAT

PAS pernah melabelkan UMNO sebagai kafir dan sekular kerana menolak perlaksanaan hukum hudud. Inilah juga antara hujah-hujah daripada PAS kenapa mereka tidak boleh berkerjasama dengan UMNO. Hujah-hujah ini juga telah diterima oleh penyokong mereka sehingga ada berlaku kes dimana orang PAS tidak akan bersembahyang berimamkan orang UMNO.

Sebagai parti yang tertua dalam sejarah penubuhannya di dalam Pakatan Rakyat berbanding DAP dan PKR, mereka tidak seharusnya tunduk kepada keputusan DAP. Perkara ini melibatkan maruah PAS sendiri yang diibaratkan sebagai abang di dalam Pakatan Rakyat.Kenyataan terdahulu DAP yang menentang perlaksanaan hudud sepatutnya dibincangkan secara serius sekiranya mereka benar-benar sebuah parti yang betul-betul memperjuangkan Islam.

PAS sebagai abang harus berani mengeluarkan kenyataan menyelar adiknya sendiri iaitu DAP sepertimana mereka menyelar UMNO. PAS tidak boleh mengamalkan sikap double standard kerana ini akan mengesahkan dakwaan mereka mempermainakn hukum Allah hanya untuk kepentingan politik. Tindakan mereka untuk terus bersengkokol dengan DAP akan menguatkan lagi dakwaan UMNO bahawa PAS hanya mempermainkan hukum agama demi survival politik disamping mendapatkan simpati rakyat.

Walaupun UMNO dilabelkan kafir oleh PAS, kerajaan UMNO BN masih mampu melaksanakan beberapa perkara dalam syariah Islam. Contohnya tentang sistem perundangan negara. Kerajaan UMNO BN berjaya mewujudkan 2 sistem perundangan iaitu undang-undang sivil dan undang-undang syariah. Sistem ini membolehkan setiap mahkamah mempunyai hak dan bidang kuasa masing-masing. Ini berbeza dengan sistem terdahulu dimana undang-undang sivil mempunyai kuasa untuk mencampuri undang-undang syariah.

PAS sudah seperti tunggul di dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan pimpinan Pakatan Rakyat tidak akan lagi memihak kepada mereka.Hudud hanyalah satu drama mainan mereka daripada dulu. Pelbagai alasan akan terus diberi supaya rakyat tidak melihat perjuangan mereka sudah jauh terpesong daripada landasan awal sepertimana diawal penubuhan Parti Islam semalaysia.

Apa sebenarnya yang PAS perjuangkan. Kalau UMNO kerana mempertahankan hak-hak orang Melayu, DAP dengan Malaysia Malaysian, PKR dengan cita-cita menjadi Perdana Menteri, apakah yang sebenarnya PAS perjuangkan?


PANAS!! KOMEN TUN DR MAHATHIR MENGENAI BAJET BULAN BINTANG PAKATAN HARAM!!

KUALA LUMPUR Okt. - "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu merupakan jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr. Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini, hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Terdahulu ketika berucap pada forum tersebut, beliau berkata, pemimpin di negara Islam perlu berusaha menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk rakyatnya bagi memastikan kestabilan dan keharmonian negara yang berterusan.

Katanya, di sesetengah negara Islam ketika ini, masih ada kerajaan yang tidak berusaha membuka peluang pekerjaan dan memulakan usaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat mereka.

"Pengajaran yang boleh diambil berdasarkan krisis di beberapa negara Islam ialah tidak ada peluang pekerjaan untuk rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka bangun memberontak.

"Bagaimanapun di negara ini, atas kesedaran dua Perdana Menteri yang awal, usaha telah mula dijalankan dengan pembukaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti Felda. Semua itu merupakan usaha bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kesan Krisis di Asia Barat dan Negara Afrika: Pengajaran Yang Boleh Diambil Negara Islam' sempena Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, jika sesebuah kerajaan itu sentiasa komited dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, ia akan memberi jaminan kepada kestabilan negara memandangkan rakyat tidak akan tertekan.

"Apabila ada kerja dan punca pendapatan, rakyat akan kurang berasa marah kepada kerajaan walaupun akan sentiasa ada usaha daripada pihak pembangkang supaya rakyat marah kepada kerajaan.

"Ini merupakan antara pengajaran yang boleh kita pelajari daripada krisis di negara yang rakyatnya bangun dan menggulingkan kerajaan," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, cabaran menguruskan negara demokrasi juga adalah besar dan ia tidak mudah seperti membuat janji dalam kempen pilihan raya.

"Membuat janji memang senang, sama seperti Barack Obama yang mengatakan mahu melepaskan tahanan Teluk Guatanamo selepas dua hari ambil alih kerajaan, tetapi sampai sekarang tahanan di situ belum dibebaskan," katanya.

Justeru menurutnya, para pemimpin di negara Islam yang lain perlu mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku di negara-negara tersebut dan tidak hanya membuat janji.

http://kedahkekl.blogspot.com/2011/10/panas-komen-tun-dr-mahathir-mengenai.html


DENGAR TU, PERCEPATKAN KES ANWAR MELIWAT MENGHINA MAHKAMAH!

Patutlah kes liwat Anwar dilewat-lewatkan, ditangguh-tangguhkan dan ditunda-tundakan. Rupa-rupanya kalau dipercepatkan, ia dianggap menghina mahkamah. Bukan penulis yang kata, bukan orang ramai yang kata, bukan hakim yang kata, tapi Ketua Peguambela Anwar Ibrahim yang kata…. KARPAL SINGH!

Perbicaraan liwat Anwar Ibrahim sudah menjangkau ‘usia’ tiga tahun. Anwar seharusnya membela diri sekarang, tetapi nampaknya Anwar tidak berminat untuk membela diri sebaliknya lebih berminat untuk menunda-nunda kes tersebut supaya ianya kelihatan basi dan tidak lagi relevan untuk dibicarakan.

Pada masa yang sama, Anwar bebas bergerak ke sana ke mari sedangkan ‘rakan-rakan’nya yang lain, terpaksa dikurung sehingga kes perbicaraan mereka selesai dan hukuman dijatuhkan.

Karpal Singh berkata, tidak boleh ada campurtangan mana-mana pihak dalam kes perbicaraan tersebut. Bagaimana pula dengan Anwar dan PKR selain PAS campurtangan dalam kes perbicaraan yang belum pun dibicarakan lagi dalam erti kata yang sebenar? Tidakkah Pakatan Rakyat telah pun membuat kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim tidak bersalah, padahal Anwar belum lagi membela diri dalam mahkamah? Padahal Anwar Ibrahim belum lagi membentangkan bukti-bukti yang dia tidak bersalah? Padahal Anwar Ibrahim belum lagi menyanggah bukti-bukti dan saksi-saksi yang telah dibentangkan oleh pihak pendakwaan?

Dan yang paling menarik, mengapa Karpal Singh nak salahkan pihak yang menggesa agar perjalanan perbicaraan itu dipercepatkan, sedangkan pada masa yang sama, Karpal Singh sendiri berusaha untuk bermain-main dengan undang-undang, menerusi helah memanggil-manggil saksi-saksi yang tidak berkaitan langsung dengan perbicaraan seperti PM, Rosmah, Musa Hasan, Rodwan dan Hasanuddin?

Siapa sebenarnya yang bermain, Karpal? Rakyat semakin bosan dengan kerenah serta politik yang bukan-bukan dalam perbicaraan liwat Anwar Ibrahim. Kes liwat tersebut sewajarnya dilayan sebagai kes jenayah, bukannya dipolitikkan… Anwar bebas berkempen di sana sini dan membuat pelbagai tohmahan semata-mata untuk menyatakan dia tidak bersalah, tetapi dia sendiri tidak pernah berani untuk menyatakan perkara yang sama dalam mahkamah!!!

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you’re reading it on someone else’s site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A ‘Malign Intellectual Subculture’ – George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Kredit to:
http://theflyingkick.blogspot.com/2011/08/dengar-tu-percepatkan-kes-anwar-meliwat.html

http://www.warisan2057.com/dengar-tu-percepatkan-kes-anwar-meliwat-menghina-mahkamah/


BAGAIMANA RUPA SEBENAR NABI MUHAMMAD S.A.W?

MUHAMMAD MANUSIA AGUNG KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

BEGITU INDAHNYA SIFAT FIZIKAL BAGINDA, SEHINGGAKAN ORANG ULAMA YAHUDI YANG PADA PERTAMA KALINYA BERSUA MUKA DENGAN BAGINDA LANTAS MELAFAZKAN KEISLAMAN DAN MENGAKU AKAN KEBENARAN APA YANG DISAMPAIKAN OLEH BAGINDA. DI ANTARA KATA-KATA APRESIASI PARA SAHABAT IALAH :

- AKU BELUM PERNAH MELIHAT LELAKI YANG SEKACAK RASULULLAH SAW

- AKU MELIHAT CAHAYA DARI LIDAHNYA..

- SEANDAINYA KAMU MELIHAT BAGINDA, SEOLAH-OLAH KAMU MELIHAT
MATAHARI TERBIT. - RASULULLAH JAUH LEBIH CANTIK DARI SINARAN BULAN.

- RASULULLAH UMPAMA MATAHARI YANG BERSINAR.

- AKU BELUM PERNAH MELIHAT LELAKI SETAMPAN RASULULLAH.

- APABILA RASULULLAH BERASA GEMBIRA, WAJAHNYA BERCAHAYA SPT BULAN PURNAMA.

- KALI PERTAMA MEMANDANGNYA SUDAH PASTI AKAN TERPESONA.

- WAJAHNYA TIDAK BULAT TETAPI LEBIH CENDERUNG KEPADA BULAT.

- WAJAHNYA SEPERTI BULAN PURNAMA.

- DAHI BAGINDA LUAS, RAUT KENING TEBAL, TERPISAH DITENGAHNYA.

- URAT DARAH KELIHATAN DI ANTARA DUA KENING DAN NAMPAK SEMAKIN JELAS SEMASA MARAH.

- MATA BAGINDA HITAM,DENGAN BULU MATA YANG PANJANG.

- GARIS-GARIS MERAH DI BAHAGIAN PUTIH MATA, LUAS KELOPAKNYA, KEBIRUAN ASLI DI BAHAGIAN SUDUT.

- HIDUNGNYA AGAK MANCUNG, BERCAHAYA PENUH MISTERI, KELIHATAN LUAS SEKALI PERTAMA KALI MELIHATNYA.

- MULUT BAGINDA SEDERHANA LUAS DAN CANTIK.

- GIGINYA KECIL DAN BERCAHAYA, INDAH TERSUSUN, RENGGANG DI BAHAGIAN DEPAN.

- APABILA BERKATA-KATA, CAHAYA KELIHATAN MEMANCAR DARI GIGINYA.

- JANGGUTNYA PENUH DAN TEBAL MENAWAN.

- LEHERNYA KECIL DAN PANJANG, TERBENTUK DENGAN CANTIK SEPERTI ARCA WARNA LEHERNYA PUTIH SEPERTI PERAK SANGAT INDAH.

- KEPALANYA BESAR TAPI TERLALU ELOK BENTUKNYA.

- RAMBUTNYA SEDIKIT IKAL.

- RAMBUTNYA TEBAL KDG-KDG MENYENTUH PANGKAL TELINGA DAN KDG-KDG MENCECAH BAHU TAPI DISISIR RAPI.

- RAMBUTNYA TERBELAH DI TENGAH.

- DI TUBUHNYA TIDAK BANYAK RAMBUT KECUALI SATU GARISAN RAMBUT MENGANJUR DARI DADA KE PUSAT.

- DADANYA BIDANG DAN SELARAS DGN PERUT. LUAS BIDANG ANTARA KEDUA BAHUNYA LEBIH DRPD BIASA.

- SEIMBANG ANTARA KEDUA BAHUNYA.

- PERGELANGAN TANGANNYA LEBAR, LEBAR TAPAK TANGANNYA, JARINYA JUGA BESAR DAN TERSUSUN DGN CANTIK.

- TAPAK TANGANNYA BAGAIKAN SUTERA YANG LEMBUT.

- PERUT BETISNYA TIDAK LEMBUT TETAPI CANTIK. KAKINYA BERISI TAPAK KAKINYA TERLALU LICIN SEHINGGA TIDAK MELEKAT AIR.

- TERLALU SEDIKIT DAGING DI BAHAGIAN TUMIT KAKINYA.

- WARNA KULITNYA TIDAK PUTIH SPT KAPUR ATAU COKLAT TAPI CAMPURAN COKLAT DAN PUTIH.

- WARNA PUTIHNYA LEBIH BANYAK.

- WARNA KULIT BAGINDA PUTIH KEMERAH-MERAHAN.

- WARNA KULITNYA PUTIH TAPI SIHAT.

- KULITNYA PUTIH LAGI BERCAHAYA.

- BINAAN BADANNYA SEMPURNA, TULANG-TEMULANGNYA BESAR DAN KUKUH.

- BADANNYA TIDAK GEMUK.

- BADANNYA TIDAK TINGGI DAN TIDAK PULA RENDAH, KECIL TAPI BERUKURAN SEDERHANA LAGI KACAK.

- PERUTNYA TIDAK BUNCIT.

- BADANNYA CENDERUNG KEPADA TINGGI,SEMASA BERADA DI KALANGAN ORG RAMAI BAGINDA KELIHATAN LEBIH TINGGI DRPD MEREKA.

KESIMPULANNYA :
NABI MUHAMMAD SA.W ADALAH MANUSIA AGUNG YANG IDEAL DAN SEBAIK-BAIK CONTOH SEPANJANG ZAMAN. SEMULIA-MULIA INSAN DI DUNIA...UNTUK MENGINGATKAN KITA.. TIBA-TIBA DARI

LUAR PINTU TERDENGAR SEORANG YANG BERSERU MENGUCAPKAN SALAM. "BOLEHKAH SAYA MASUK?" TANYANYA. TAPI FATIMAH TIDAK MENGIZINKANNYA MASUK, "MAAFKANLAH, AYAHKU SEDANG DEMAM," KATA FATIMAH YANG MEMBALIKKAN BADAN

DAN MENUTUP PINTU. KEMUDIAN IA KEMBALI MENEMANI AYAHNYA YANG TERNYATA SUDAH MEMBUKA MATA DAN BERTANYA PADA FATIMAH, SIAPAKAH ITU WAHAI ANAKKU?"."TAK TAHULAH AYAHKU, ORANG SEPERTINYA BARU SEKALI INI AKU MELIHATNYA," TUTUR FATIMAH LEMBUT. LALU, RASULULLAH MENATAP PUTERINYA
ITU DENGAN PANDANGAN YANG MENGGETARKAN. SEOLAH-OLAH BAHAGIAN DEMI BAHAGIAN WAJAH ANAKNYA ITU

HENDAK DIKENANG. "KETAHUILAH, DIALAH YANG MENGHAPUSKAN KENIKMATAN SEMENTARA, DIALAH YANG MEMISAHKAN PERTEMUAN DI DUNIA. DIALAH MALAIKATUL MAUT," KATA RASULULLAH, FATIMAH PUN MENAHAN LEDAKAN TANGISNYA.

MALAIKAT MAUT DATANG MENGHAMPIRI, TAPI RASULULLAH MENANYAKAN KENAPA JIBRIL TIDAK IKUT BERSAMA MENYERTAINYA. KEMUDIAN DIPANGGILLAH JIBRIL YANG SEBELUMNYA SUDAH BERSIAP DI ATAS LANGIT DUNIA MENYAMBUT RUH KEKASIH ALLAH DAN PENGHULU DUNIA INI. "JIBRIL, JELASKAN APA HAKKU NANTI DI HADAPAN ALLAH?" TANYA RASULULLLAH DENGAN SUARA YANG AMAT LEMAH. "PINTU-PINTU LANGIT TELAH TERBUKA, PARA MALAIKAT TELAH MENANTI ROHMU. SEMUA SURGA TERBUKA LEBAR MENANTI KEDATANGANMU, " KATA JIBRIL.

TAPI ITU TERNYATA TIDAK MEMBUATKAN RASULULLAH LEGA, MATANYA MASIH PENUH KECEMASAN.

"ENGKAU TIDAK SENANG MENDENGAR KHABAR INI?" TANYA JIBRIL LAGI. "KHABARKAN KEPADAKU BAGAIMANA NASIB UMATKU KELAK?" JANGAN
KHAWATIR,

WAHAI RASUL ALLAH, AKU PERNAH MENDENGAR ALLAH BERFIRMAN KEPADAKU: 'KUHARAMKAN SURGA BAGI SIAPA SAJA, KECUALI UMAT MUHAMMAD TELAH BERADA DI DALAMNYA," KATA JIBRIL. DETIK-DETIK SEMAKIN DEKAT, SAATNYA IZRAIL MELAKUKAN TUGAS.

PERLAHAN RUH RASULULLAH DITARIK. NAMPAK SELURUH TUBUH RASULULLAH BERSIMBAH PELUH, URAT-URAT LEHERNYA MENEGANG."JIBRIL, BETAPA SAKIT SAKARATUL MAUT INI."

PERLAHAN RASULULLAH MENGADUH. FATIMAH TERPEJAM, ALI YANG DI SAMPINGNYA MENUNDUK SEMAKIN DALAM DAN JIBRIL MEMALINGKAN MUKA. "JIJIKKAH KAU MELIHATKU, HINGGA KAU PALINGKAN WAJAHMU JIBRIL?" TANYA RASULULLAH PADA MALAIKAT PENGANTAR WAHYU ITU. "SIAPAKAH YANG SANGGUP, MELIHAT KEKASIH ALLAH DIRENGGUT AJAL," KATA JIBRIL. SEBENTAR

KEMUDIAN TERDENGAR RASULULLAH MENGADUH, KARENA SAKIT YANG TIDAK TERTAHANKAN LAGI. "YA ALLAH, DAHSYAT NIAN MAUT INI, TIMPAKAN SAJA SEMUA SIKSA MAUT INI KEPADAKU, JANGAN PADA UMATKU. "BADAN RASULULLAH MULAI DINGIN, KAKI DAN DADANYA SUDAH TIDAK BERGERAK LAGI.

BIBIRNYA BERGETAR SEAKAN HENDAK MEMBISIKKAN SESUATU, ALI SEGERA MENDEKATKAN TELINGANYA. "UUSHIIKUM BIS-SHALAATI, WAMAA MALAKAT AIMAANUKUM - PELIHARALAH SHALAT DAN PELIHARALAH ORANG-ORANG LEMAH DI ANTARAMU." DI LUAR, PINTU TANGIS MULAI TERDENGAR BERSAHUTAN, SAHABAT SALING BERPELUKAN. FATIMAH MENUTUPKAN TANGAN DI WAJAHNYA, DAN ALI KEMBALI MENDEKATKAN TELINGANYA KE BIBIR RASULULLAH YANG MULAI KEBIRUAN. "UMMATII, UMMATII, UMMATIII!" - "UMATKU, UMATKU, UMATKU"

DAN, BERAKHIRLAH HIDUP MANUSIA MULIA YANG MEMBERI SINARAN ITU. KINI, MAMPUKAH KITA MENCINTAI SEPERTINYA?

ALLAAHUMMA SHOLLI 'ALAA MUHAMMAD WA'ALAIHI WASAHBIHI WASALLIM. BETAPA CINTANYA RASULULLAH KEPADA KITA


MANEK URAI :PAS: LUAHAN HATI ANAK MUDA

KIYAI SALLEH – TOKOH PEJUANG YANG MENENTANG KOMUNIS DI MUAR DAN BATU PAHAT, JOHOR

DITAKDIRKAN ALLAH, KAMI TELAH DIBERI PENERANGAN OLEH SAMINYA SENDIRI YANG DATANG KEPADA KAMI SETELAH MELIHAT KAMI MELAWAT BERHALANYA. PAKAIAN SAMI ITU BERWARNA PUTIH.

MENURUT TOK SAMI ITU KETINGGIAN BERHALA INI MENYAMAI 12 TINGKAT BANGUNAN. KETINGGIANNYA MELEBIHI 100 KAKI DAN DILETAKKAN SECARA BERDIRI. BERHALA INI DIBINA BETUL-BETUL BERTENTANGAN DENGAN KIBLAT SOLAT.

MENURUT SAMI ITU LAGI KERAJAAN NEGERI SENDIRI TELAH MELULUSKAN PROJEK ITU DAN TELAH MEMBERI SUMBANGAN SEBANYAK RM60 RIBU RINGGIT MELALUI WAKILNYA DATUK ANUAR TAN. KAMI TERKESIMA MENGAPA DENGAN MUDAH PERUNTUKAN DIBERIKAN UNTUK MEMBINA BERHALA, SEDANGKAN NABI ALLAH IBRAHIM SENDIRI DENGAN KUDRAT BAGINDA MEMUSNAHKAN BERHALA.

TOK SAMI ITU MEMBERITAHU, BAHAWA PELANCARAN PERASMIAN TOKONG BUDDHA ITU AKAN DISEMPURNAKAN OLEH TG NIK AZIZ SENDIRI PADA 6 JUN 2009.

- LJ

MANEK URAI :PAS: LUAHAN HATI ANAK MUDA

SALAM DARIPADA SAYA, PEMILIK BLOG INI. SAYA ADA MENERIMA LUAH HATI DARIPADA SEORANG TETAMU YANG MENAMAKAN DIRINYA SEBAGAI ANONYMOUS. SETELAH MEMBACANYA, SAYA TERGERAK UNTUK MEMAPARKAN ARTIKEL INI KEPADA PEMBACA SETIA BLOG SAYA. SAYA RASA, IA WAJAR DIAMBIL IKTIBAR MENGENAI APA YANG DILALUI SAUDARA KITA INI. SELAMAT MEMBACA.

OLEH: ANONYMOUS

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT


http://www.pisau.net/2009/06/manek-urai-pas-luahan-hati-anak-muda.html#ixzz1aNjjUB4C


KIYAI SALLEH – TOKOH PEJUANG YANG MENENTANG KOMUNIS DI MUAR DAN BATU PAHAT, JOHOR

Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim dilahirkan di Tanjung Olak Panchur, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Ara Pasung, Pontian, Johor.

Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama dan al quran), Haji Alias, Haji dam dan Haji Ahmad. Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.

Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau “Kiai Salleh” atau “Panglima Salleh Selempang Merah” merupakan seorang pahlawan Melayu keturunan Banjar yang bangkit menentang kekejaman komunis semasa selepas kekalahan Jepun semasa Perang Dunia II.

Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Muar dan Batu Pahat, tokoh itu bangun ‘mengamuk’ menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.

Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan ‘Tentera Selempang Merah’ yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati.

Apa yang mengagumkan adalah Panglima Salleh sanggup ‘turun padang’ untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis dan bukan sekadar memberi arahan atau memerintah , beliau tidak takut mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawanya sendiri demi membela agama dan bangsa.

“Riwayat hidup Panglima Salleh bermula apabila beliau dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar pada 1916,” beliau seterusnya memulakan kisah perjuangan Panglima Salleh menentang komunis demi membela agama, bangsa dan negara.
Keperwiraan Salleh mula diasuh sejak kecil apabila beliau mula menuntut ilmu kepahlawanan daripada beberapa pendekar di Pagoh antaranya Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad ketika beliau berusia 13 tahun.

Ketika usia mudanya itu, beliau dikenali sebagai seorang yang agak ‘nakal’. Ada cakap-cakap mengatakan dia pernah mencuri, bagaimanapun dia menyara hidup dengan menjadi peraih yang mengutip tanaman penduduk kampung untuk dijual di Batu Pahat.
Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupannya lalu beliau berpindah ke Seri Medan yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak.

Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.
Berikutan itu, Salleh dipercayai menerima pelawaan PKM supaya menyertai pihak itu dan beliau diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Salleh juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM.

Bagaimanapun, Salleh tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya beliau bertindak seumpama ‘Robin Hood’ apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin.

Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan pada suatu malam, segerombolan komunis bertindak mengepung rumah Salleh. Bagaimanapun, ketika menyerbu masuk, mereka gagal menemui kelibat Salleh walaupun dia memang berada di dalam rumah berkenaan.

Mereka mengulangi serbuan selama tujuh malam berturut-turut tetapi masih gagal. Berang dengan kelicikan Salleh menyebabkan komunis memasukkan pemuda itu dalam senarai ‘bertanam ubi’ iaitu istilah bagi mereka yang akan dihukum bunuh oleh komunis.

Ketika itu PKM mula menunjukkan ‘wajah’ sebenar mereka. Berita kehilangan penduduk Mukim Empat secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi. Selepas seorang, seorang lagi penduduk dilaporkan hilang secara misteri.

Penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada suku Banjar dan Jawa mula percaya yang kehilangan saudara mereka adalah angkara komunis berikutan mereka enggan tunduk kepada perintah dan arahan pihak terbabit.

Pihak komunis pula mengesyaki penduduk Mukim Empat berpakat dengan tentera Jepun untuk memerangi mereka menyebabkan mereka mula menangkap penduduk yang disyaki seterusnya dihukum bunuh.

Kemelut itu akhirnya menyebabkan penduduk tempatan mula menubuhkan ‘Persatuan Muhammadiah’ dalam usaha menentang komunis. Penduduk juga mula bangkit membela diri dan pembunuhan balas antara komunis dengan penduduk Mukim Empat semakin memuncak.

Ketika tentera Jepun di ambang kekalahan, komunis semakin bermaharajalela di Johor. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.
Pertemuan Salleh dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri pada petang 4 April 1945 akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam sanubarinya.

Kesedaran tulus itu menyebabkan Salleh mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggang, berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali.

Penyertaan Salleh dalam penentangan terhadap komunis menyebabkan namanya dicalonkan Haji Kadri supaya memimpin Persatuan Muhammadiah selepas pemimpin sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri.

Walaupun pada mulanya ada ahli tidak bersetuju dengan pencalonan Salleh berikutan ‘kenakalan’ tokoh itu ketika muda, akhirnya semua ahli akur untuk menerima Salleh sebagai pemimpin persatuan itu.

Ini berikutan Salleh dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah sikap gagah berani tokoh itu dilihat amat sesuai untuk mengepalai pasukan perang menentang komunis.

Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.

Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar ‘Tentera Selempang Merah’. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Muar dan Batu Pahat.
Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.

Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.

Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis.
Lalu pada 15 September 1945, pada satu pertemuan di Tangkak, Muar, akhirnya pemimpin PKM dan Salleh akur untuk mengadakan perdamaian selepas tiga hari berbincang.

Bagaimanapun, perjanjian damai itu akhirnya dikhianati komunis apabila mereka terus melakukan angkara dan membunuh kejam penduduk tempatan terutama apabila Jepun menyerah kalah.

Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan Salleh dan beliau kembali mengumpul pasukan Tentera Selempang Merahnya untuk kembali menentang komunis Bintang Tiga itu. Serangan berterusan dan semakin ramai komunis yang maut di tangan pahlawan itu.

Jasa Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran ‘Panglima’ kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.

Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.

Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.

Komunis terkejut tubuh tak lut peluru
SELAIN semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang begitu membara, kehebatan Panglima Salleh dipercayai terletak pada kekuatan ilmu batin yang dikuasainya sehingga menyebabkan ramai komunis takut untuk berhadapan dengan tokoh itu.

Pengkaji yang juga penulis novel sejarah, Zaharah Nawawi, berkata berdasarkan kajiannya mengenai sejarah hidup dan perjuangan Panglima Salleh, ramai kenalan atau pihak yang mengenali tokoh itu menceritakan bahawa kekuatan ilmu batinnya menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa perkara luar biasa.

“Mengikut cerita, beliau boleh menjelma seperti kucing, menyelinap masuk ke dalam rumah daripada celah lubang yang kecil malah boleh mengghaibkan dirinya.

“Bagaimanapun, beliau menggunakan ilmu batin yang dikuasainya ke arah kebaikan iaitu dengan memerangi komunis,” katanya yang mengabadikan kisah perjuangan Panglima Salleh dalam novelnya ‘Panglima Salleh Selempang Merah’ yang diterbitkan pada 1988.

Zaharah berkata, kehebatan ilmu batin Panglima Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran.

“Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja.

“Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri,” katanya.

Katanya, antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.

Pasukan Panglima Salleh juga dikatakan menggempur komunis dengan menggunakan senjata tradisional seperti parang dan tombak walaupun pengganas itu menggunakan senjata api.

Panglima Salleh sendiri memiliki sebilah pedang luar biasa yang diperoleh beliau di Kampung Tebing Tinggi. Pedang istimewa warisan pusaka Raja Riau itu diberikan seorang lelaki bernama Taib sebagai bayaran tukaran kepada segantang beras yang ingin dibeli Taib daripada Salleh. Pedang itu dikatakan mampu memberi tujuh kesan cantas dengan sekali libasan.

Zaharah berkata, tubuh fizikal Panglima Salleh hanyalah kecil tetapi semangat dan keberaniannya menyebabkan beliau tidak gentar menentang komunis malah turut sama menyertai pertempuran. Panglima Salleh juga dikatakan memiliki kebolehan melentur besi.

Sebelum turun untuk memerangi komunis, Panglima Salleh akan melakukan amal ibadat tertentu antaranya berpuasa, berzikir serta mengamalkan bacaan wirid tertentu malah kaedah persediaan serupa turut dilakukan pengikutnya.

“Sebelum bertempur, Panglima Salleh akan memilih pengikut berasingan mengikut kampung, beliau akan memilih pengikut yang tidak terlalu tua atau terlalu muda dan akan menepuk bahu bagi menguji tahap keberanian pengikut yang ingin menyertainya berperang.

“Selepas itu beliau akan menyuruh pengikut terbabit berkumpul di rumahnya untuk melakukan persediaan dengan beramal ibadat, solat hajat dan menikmati jamuan,” katanya.

Seterusnya semua pengikut terbabit akan meminum air dari tempayan yang dijampi Panglima Salleh malah beliau akan memberi secebis kain merah kepada setiap daripada mereka. Dan semenjak itu ada yang mengatakan bahawa Panglima Salleh tidak lagi kebal tetapi masih dilindungi allah semasa berperang.

http://resam-melayu.com/2009/12/kiyai-salleh-tokoh-pejuang-yang-menentang-komunis-di-muar-dan-batu-pahat-johor.html

Pesanan Ikhlas

Media Ratu Naga di Youtube